Cuti-cuti sekolah ni, nak bawa anak-anak balik kampung, main jauh-jauh pun parents tak dapat cuti banyak. Baik ada waktu lapang sikit bawa anak pergi playground yang best macamni.
Ni playground terbaru dekat KL East, baru sangat buka. So ada promosi. Jungle Gym ni dah ada beberapa cawangan sebelum ni iaitu di Atria Shopping Gallery dan juga di Sky Avenue Genting Highlands. Jadi cawangan ini adalah cawangan yang ke-3.
Bolehlah hujung minggu atau petang lepas kerja bawa anak main kat sini. Puas hati sebab permainan baru, siap ada permain yang canggih sikit.
Tiket Masuk Jungle Gym KL East Mall
Buat masa sekarang, tiket pun tengah ada promosi :
- Kanak-Kanak 2-16 Tahun (Hari Minggu) : RM43
- Kanak-Kanak 2-16 Tahun (Hujung Minggu & Cuti Sekolah) : RM59
- Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun (Hari Minggu) : RM23
- Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun (Hujung Minggu & Cuti Sekolah) : RM32
- Penjaga : RM10
Tiket boleh dibeli di : https://onlyticket.com.my/selection/T08
Alamat
Jungle Gym, Lot G3-25, KL East Mall, 823, Jln Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur, Selangor