Kenny Hills Bistro, salah satu jenama di bawah Kenny Hills Hospitality Group telah secara rasminya membuka cawangan di The Shoppes at Four Seasons Kuala Lumpur.

Restoran yang baru dibuka itu menyediakan pelbagai menu bermula dari sarapan pagi sehingga ke malam.

Antara yang terkenal adalah Beef-Fat Brioche, Wild Mushrooms and Burrata, Lobster and Scallop Risotto, Seared Foie Gras, Lamb Ragu & Handmade Pappardelle dan juga Beef Wellington.


Restoran ini diketuai oleh Chef Ika Hamzah yang mempunyai pengalaman 13 di dapur-dapur restoran di sekitar Eropah serta 7 tahun sebagai sous-chef di Nathalie’s Gourmet Studio.

Jika anda ingin menikmati hidangan lazat disini, anda boleh mengunjungi mereka yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

