HalalXPlorer Logo
25 February 2022

MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi

Kongsikan:
MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi

MAPS Ipoh atau nama panjangnya Movie Animation Park Studio dibina sebagai sebuah taman tema animasi pertama di Asia yang akan dapat menjadi tumpuan ramai bukan sahaja dari negeri Perak dan Malaysia, tetapi juga dari negara luar. Ia dibina dengan kos RM607 Juta, melebihi jangkaan asal.

Sebenarnya, tampak kegagalan taman tema ini sejak awal sebelum pembukaan lagi. Taman tema animasi ini pada asalnya dijadual dibuka pada 2015. Bagaimanapun sasaran ini tidak tercapai dan hanya dibuka dua tahun kemudian pada Jun 2017 dengan kualiti permainan yang rendah.

MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi

Pada awal pembukaan, sasaran pengunjung ialah dua juta setahun. Namun difahamkan hanya 120,000 yang datang dalam setahun .

Pelbagai tarikan disediakan dalam MAPS Ipoh, seperti Dataran Animasi, Zon Fantasi Hutan, Zon ‘Life Action’,  serta penampilan watak-watak animasi seperti Casper the Friendly Ghost, The Smurfs, Megamind dan rumah hantu The Sacred Rianna.

Selain itu, ada juga pertunjukan penuh aksi kereta dan motosikal. Juga ada tarikan Boboiboy 4D untuk para peminat setia animasi Boboiboy.

MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi

Namun, apa yang menjadi kekesalan ramai pengunjung adalah kualiti-kualiti permainan ini sangat rendah, jauh seperti yang diharapkan. Malah, ada yang berpendapat permainan di MAPS Ipoh tidak lebih daripada permainan Fun Fair.

MAPS melalui hari-hari dalam suasana suram kerana jumlah pengunjung terus berkurang. Dianggarkan hanya dalam lingkungan 200 orang berkunjung sehari.

Langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengurangkan harga tiket masuk. Namun sambutan masih tetap mengecewakan. Disebabkan itu, pihak pengurusan membuat keputusan untuk membenarkan kemasukan percuma ke MAPS Ipoh dan pengunjung hanya perlu membayar jika ingin menaiki apa-apa permainan. Namun, usaha ini juga gagal menjana keuntungan.

MAPS Ipoh Akhirnya Ditutup Selepas 3 Tahun Beroperasi

Akibatnya hayat MAPS tidak panjang. Setelah hampir tiga tahun beroperasi, akhirnya mulai Selasa, 28 Januari 2020, MAPS ditutup sehingga diberitahu kelak.

Langkah akhir  ini diambil kerana kerugian yang ditanggung oleh MAPS sudah tidak dapat dibendung dengan beban hutang semakin menimbun. Dianggarkan jumlah hutang sudah melebihi RM500 juta. Pendapatan yang diperoleh jauh daripada mencukupi untuk menampung kos operasi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA