Ingatkan Pilot Cafe ni filem lakonan Neelofa dan Fahrin Ahmad jer. Rupa-rupanya dah benar-benar wujud.
Sebenarnya, kafe ini baru sahaja 3 bulan dibuka. Cafe ni dimiliki oleh 4 orang Pilot, 3 daripadanya bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala seorang lagi adalah juruterbang syarikat komersial Firefly.
Kafe ini menyediakan aneka jenis makanan barat. Yang menariknya disini ada simulator untuk siapa yang nak rasai pengalaman menerbangkan Jet Pejuang F/A 18 Hornet.
Haa, boleh la bagi sapa nak merasai suasana cafe yang lain daripada yang lain.
Lokasi
Pilot Cafe, Level UG, I suite, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor