Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah menandatangani pelaburan sebanyak RM90 juta daripada syarikat IBN Group, iaitu sebuah syarikat multi-nasional dari China untuk membina projek eko-pelancongan IBN Love Ocean.
Projek ini meliputi jumlah keluasan tanah 1,710,080 m² dengan nisbah keluasan lantai 0.95 – bangunan meliputi keluasan tanah 1,060,800 m².
Love Ocean dipisahkan kepada enam zon. Setiap satu dengan tema tersendiri iaitu Blessing of the Light, Carefree Islands, Fairyland Adventures, Starlight Ocean, Magical Forest dan Love-Ocean Pier.
Setiap zon ini disasarkan kepada kumpulan pengunjung yang berbeza untuk memenuhi keperluan mereka.