Yeay, cuti sekolah telah pun tiba. Ke mana nak bawa keluarga bercuti-cuti ya? Ni kami nak kongsikan satu destinasi menarik terletak di Raub, Pahang. Di sini tidak menjanjikan kemewahan, tapi kedamaian yang menjanjikan beribu kenangan.
Kepada pencinta alam semulajadi yang nak merehatkan minda dari hiruk-pikuk kota, amat sesuailah sangat ke sini iaitu Chalet Pak Teh D'Sungai Klang, di Daerah Raub, Pahang.
Lokasi Chalet Pak Teh D'Sungai Klang ini terletak di kawasan perkampungan yang agak jauh dari pekan. Dari Pekan Raub ke Chalet Pak Teh D'Sungai Klang ini memakan masa 42 minit iaitu sejauh 41 km.
Memang boleh tahan jauhnya kan? Tetapi cukup berbaloi dengan pemandangan yang bakal anda saksikan.
Disini terdapat 24 unit chalet comel. Setiap chalet berkayu ini diberi nama sempena nama buah-buahan seperti pisang, kuini, rambai dan lain-lain. Chalet ini hanya menempatkan dua katil single sahaja.
Manakala harga bilik berubah-ubah sama ada kita mahukan chalet yang mempunyai bilik air atau tidak atau dorm yang boleh memuatkan 5-6 orang dalam satu bilik.
Sesuai seperti temanya, "percutian yang tidak menjanjikan kemewahan", kadar harga penginapan disini adalah dari RM60 sahaja untuk sebuah chalet.
Harga Unit Penginapan di Chalet Pak Teh D'Sungai Klang
Alamat | Kampung Kela Ulu Sungai, Raub Pahang |
Jenis Penginapan | Dorm Rm100 Chalet A Rm70 (2 single bed, tandas) Chalet B Rm60 (2 single bed, tiada tandas) Bayaran masuk jika ingin berkelah Rm2 seorang |
Kelengkapan | Dewan makan Rm200 Dewan terbuka Rm200 Cafe tepi sungai Rm300 Gazebo Rm40 BBQ Pit Rm40 |
No. Tel | 01132303630 (Long Saiful) 0199783327 (Ngah Jamal) http://www.wasap.my/60199783327/ChaletPakTeh&ATV |
Jadi, jika anda ingin bersantai ditepian sungai dengan susana kampung, anda wajib berkunjung ke Chalet Pakteh D'sg Klang. Jauh dari hiruk pikuk kesibukan ibu kota, menjanjikan kedamaian deruan air sungai yang mengalir sesuai untuk seisi keluarga. Air sungai disini pun sangat jernih dan ada aktiviti lain seperti ATV.