HalalXPlorer Logo
royal floria putrajaya dilanjutkan
06 September 2022

Royal Floria Putrajaya Dilanjutkan Sehingga 11 September Pula, Masuk Percuma Buat Semua !

Kongsikan:

Susulan sambutan pengunjung yang luar biasa ke Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Royal Floria Putrajaya) 2022, festival tersebut sekali lagi dilanjutkan sehingga 11 September selaras dengan cuti persekolahan yang bermula 5 hingga 11 September.

image 71

Lebih menarik, bermula 7 September ini, tiada lagi bayaran tiket masuk dikenakan kepada pengunjung !

image 72

Jadi, kepada anda yang belum berkesempatan berkunjung ke Royal Floria Putrajaya 2022, jangan lepaskan peluang ini untuk membawa anak-anak bersempena cuti penggal persekolahan. Berikut adalah info menarik berkaitan Royal Floria Putrajaya 2022 :

image 73

Info Menarik Royal Floria

1. Floria Diraja Putrajaya merupakan festival pameran bunga dan taman yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) semenjak tahun 2007 bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

image 77

2. Floria Diraja Putrajaya 2022 telah dikunjungi lebih 400,000 pengunjung sejak ianya mula dibuka pada 29 Ogos lalu.

image 76

3. Terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid serta 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan pada Floria edisi kali ini.

image 74

4. Antara komponen taman yang menarik di Royal Floria Putrajaya 2022 adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Diraja, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium dan Gemerlapan Floria.

image 75
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA