Kalau sebelum ini di waktu era pandemik COVID-19, perjalanan ke Australia adalah terhad kepada urusan-urusan penting, dan perjalanan perniagaan. Kempunan lah rakyat Malaysia yang ingin berjalan-jalan.
Bagaimanapun, pada 23 Februari 2022, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, H.E. Dr. Justin Lee mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang sudah lengkap divaksin kini boleh kembali melancong ke Australia.
Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu ciapan di akaun rasmi Twitter milik beliau dan akaun Facebook rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
Bagaimanapun, perjalanan tersebut hanya layak bagi rakyat Malaysia yang sudah mendapatkan dos vaksin lengkap dan pelancong perlu mendapatkan visa kemasukan terlebih dahulu yang sebaik-baiknya dimohon sebulan lebih awal dari tarikh berlepas.
Beliau menasihatkan untuk pelancong membaca maklumat dengan lebih lanjut sebelum membuat apa-apa perancangan. Baca maklumat disini : https://covid19.homeaffairs.gov.au/vaccinated-travellers & https://covid19.homeaffairs.gov.au/coming-australia