Nampaknya warga Lembah Klang akan ada spot baru yang lagi best untuk berjalan-jalan, makan-makan, berhibur, menonton wayang, dan membeli belah.
IOI City Mall secara rasminya akan membuka Fasa 2 mereka kepada orang ramai bermula 25 Ogos ini sekaligus menjadi pusat membeli-belah terbesar di Malaysia !


Penyewa Utama
Terdapat beberapa penyewa utama di fasa 2 IOI City Mall ini, antaranya adalah AEON, Proton, Nitori, dan MajuHome, Golden Screen Cinemas dengan konsep pawagam IMAX terbaru.


Bilangan Lot Perniagaan
Katanya, akan ada lebih 300 lot perniagaan baharu akan dibuka di fasa 2 IOI City Mall, dan 200 daripadanya adalah lot Makanan & Minuman. Antaranya adalah Kenny Hills Coffee, Bife Charcoal Steakhouse dan Din by Din Tai Fung. Fuhhh ! Makan-makan lah kita yer !

Tambahan ini menjadikan terdapat kira-kira 700 unit perniagaan di IOI City Mall.



Tarikan Lain
Selain daripada lot perniagaan, terdapat juga ruang pameran edutainment dalaman serba baharu – IOI City Farm. Konsep 'ladang' berkeluasan 18,000 kaki persegi ini akan membawa pengalaman melawat ladang di dalam kompleks beli-belah, dengan tiga zon berbeza untuk pengunjung berinteraksi dan mempelajari lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan comel dan ikan.



Fasa 2 IOI City Mall juga akan menampilkan Pusat Pameran dan Konvensyen IOI yang baharu, sebuah dewan tanpa tiang seluas 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini.



Sementara itu, peminat sukan boleh menantikan Pusat Sukan IOI – satu-satunya kemudahan sukan bertaraf dunia seumpamanya di sekitar Putrajaya. Pusat sukan atas bumbung baharu itu akan mempunyai sejumlah 15 gelanggang badminton dan dua gelanggang futsal berbumbung!