Orang-orang Johor, terutamanya orang Muar pasti dah terbiasa dengan sate sebagai menu sarapan. Boleh dikatakan agak mewah juga. Mana tidaknya, kalau orang negeri lain makan roti canai atau nasi lemak dengan kos RM2-RM3, orang Johor hanya satu batang sate dah RM1. Tapi takkan lah makan satu cucuk saja kan !
Apapun, menu ini agak 'rare' di luar Johor dan pastinya akan ada orang-orang negeri lain yang tidak mengetahui mengenai ini.
Tapi, kalau anda nak mencuba pengalaman menjamah sate sebagai menu sarapan, ada juga beberapa kedai di Lembah Klang yang turut menyediakannya.
Nurul Sate Batang Pinang
Salah satu restoran yang patut anda kunjungi adalah Restoran Nurul Sate Batang Pinang, terletak di Puchong, Selangor.
Sesuai dengan namanya, sate daging disini bukannya sate biasa-biasa tetapi bahagian yang digunakan daripada lembu adalah bahagian batang pinang, atau dikenali juga sebagai 'tenderloin' iaitu bahagian daging paling lembut sekali !
Sate Daging Batang Pinang dijual pada kadar harga RM1.60 secucuk manakala sate ayam berharga RM1.20 secucuk.
Kalau nak pesan secara set pun boleh. Set sate daging (10 cucuk sate daging + timun + nasi himpit + kuah kacang) berharga RM17.90. Set sate ayam pula berharga RM13.90. Set sate campur (5 cucuk sate ayam + 5 cucuk sate daging + timun + nasi himpit + kuah kacang) berharga RM15.90.
Selain itu, ada juga tau menu-menu lain seperti lontong. Lontong ni ada macam-macam jenis. Ada lontong sate, lontong sambal sotong, lontong sambal kerang, lontong sambal paru.
Menu lain yang terkenal disini adalah Nasi Minyak Kahwin Lari, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari Mama,Nasi Ayam Pak Nyang, dan Soto Mak Siti !
Restoran ini menyediakan ruang makan yang luas, bersih dan selesa. Waktu operasi adalah dari selasa hingga ke Ahad , bermula seawal dari 7.30 pagi hingga 2.30 petang, tempat letak kenderaan adalah percuma. Jemput datang !