Industri pelancongan benar-benar muram sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara kita. Masyarakat tidak lagi keluar rumah seperti dahulu terutamanya mereka yang masih mempunyai anak kecil.
Mujur beberapa pengurusan destinasi pelancongan di Malaysia bijak mencari peluang bagi terus beroperasi di waktu-waktu sukar sebegini.
Salah-satunya adalah dengan inisiatif lawatan maya yang dilakukan oleh Taman Buaya & Rekreasi Melaka , Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka dan juga Aquaria KLCC.
Kepada anda yang mempunyai sedikit lebihan rezeki, boleh sokong inisiatif lawatan secara maya yang dilakukan oleh mereka. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewaktu pandemik COVID-19 ini dan dapat juga menghilangkan stress anak-anak di rumah.
Tatacara lawatan tersebut adalah berbeza mengikut tempat.
TAMAN BUAYA & REKREASI MELAKA
Sebagai contoh, lawatan secara maya di Taman Buaya & Rekreasi Melaka menggunakan medium Google Meet sahaja. Hanya serendah RM 7.00 seorang.
Tempahan boleh dibuat dengan mengisi borang, sila klik link yang ini. Kemudian, slot lawatan akan ditetapkan oleh pihak mereka mengikut kekosongan slot. Sebarang pertanyaan,sila hubungi 017-4552294 atau e-mel salestbrm@gmail.com
TAMAN RAMA-RAMA & REPTILIA MELAKA
Di Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka pula, anak-anak anda berpeluang menerokai dan menyaksikan pelbagai jenis hidupan liar termasuklah rama-rama, buaya, ular dan juga burung.
Paling istimewa, 'tour guide' mereka akan kongsikan info serta fakta menarik untuk pengetahuan anda semua! Kalau nak tanya soalan pun boleh.
Aktiviti ini diadakan setiap minggu pada khamis, jumaat (3 petang-4 petag) & ahad (10-pagi-11 pagi) sahaja. Hanya RM6.90 sahaja untuk satu keluarga. Berbaloi ! Pendaftaran adalah melalui laman sesawang mereka di : www.butterflyreptile.com
AQUARIA KLCC
Aquaria KLCC pula menyediakan “Digital Learning Living Classroom”. Anak-anak anda boleh selami lautan Aquariaklcc di mana sahaja pada bila-bila masa dengan hanya RM 5 ! Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada sales@aquawalk.com!