Dulu min ingat kalau nak tidur hotel cantik-cantik kena pergi hotel ultra mewah, tapi sebenarnya hotel macamtu bosan jer. Banyak dekorasi simple untuk golongan elit. Kita melihat pun alahai, bayar hampir beribu dapat tengok ni jer ker? Huhu.
Sebenarnya, kalau nak hotel yang best dan unik banyaknya yang harga marhaen macam Steg Hotel kat Chow Kit ni. Setiap sudut instagrammable dan cantik. Hotelnya pun baru saja dibuka awal tahun 2022.
Paling unik, kolam renang dia tema warna merah dari lantai, tempat duduk sampai ke payung.
Ini memang unik tau. Selalunya kan lantai kolam renang warna biru bagi kita suasana macam mandi air laut. Tapi warna merah ni lagi membuat kita membara nak beraktiviti haaa.
Lepastu lobi, restoran sangat cantik dengan pelbagai spot bergambar.
Bilik pun cantik dan besar. Terdapat juga jenis bilik yang siap ada tub ala jacuzzi lagi. Bilik tersebut adalah jenis The Love Nest dan juga Sakura Suite.