Kalau ke Semenyih wajib singgah kedai instagrammable ni. Kami sendiri memang tak pernah jumpa lagi kedai sushi secantik ini. Selalu kedai sushi bertema Jepun, tapi ini memang lain. Berbunga-bunga gittew.
Ini adalah Ninja's House di Eco Majestic, Semenyih. Mula-mula jual sushi jer, tapi sekarang dah tambah 78 jenis makanan dari Malaysian food, Japanese food, Korean food & Western food. Dessert yang tengah viral sekarang macam buko, cocktail mestilah ada.
Bukan setakat dessert je ada, tapi ada juga ada makanan berat tau! Antaranya, set asam pedas Johor, Nasi ayam Ninjas House, Laksa Johor dan lain-lain lagi. Jadi anda boleh bawa keluarga untuk dine-in juga disini.
Waktu operasi cafe dari Rabu - Ahad sahaja (isnin dan selasa cuti) bermula jam 10.30 am sehingga 8.00 pm sahaja
Ninja's House, 26-1, Jln Eco Majestic 10/1B, Eco Majestic,43500, Semenyih, Selangor