Seronok betul homestay di Semenyih ni. Selalunya homestay ada kolam renang biasa. Tapi Homestay ini ada pantai mini buatan berkeluasan 1200 kaki persegi.
Ini adalah TTS Beach Village @ Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Kira-kira 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Saiz Yang Besar
Homestay ni besar, dengan kawasan keseluruhan adalah 15,000 kaki persegi. Walaupun ia mempunyai 5 bilik tidur berhawa dingin dengan 22 katil. Tetapi homestay ini boleh memuatkan maksimum sehingga 26 orang.
Memang sesuai sangat untuk adakan acara seperti parti, hari keluarga, majlis perkahwinan dan sebagainya. Tetapi untuk adakan sebarang aktiviti anda perlu maklumkan lebih awal dengan tuan rumah ya.
Kemudahan & Fasiliti
Kawasan pantai buatan adalah sekitar 1200 kaki persegi, cukup besar untuk beberapa aktiviti pantai.
Manakala kolam renang pula sedalam 0.9m. Selain itu, disini juga ada jakuzi tauu.
Selain itu, kemudahan ruangan BBQ, tasik memancing, dapur memasak dan steamboat pun ada.
Paling seronok, perkakas memasak disini siap ada khusus untuk barangan halal. Jadi tak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ni.
Aktiviti Luar
Kalau rasa tak cukup dengan aktiviti di dalam kawasan penginapan, jangan risau sebab ada banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di luar villa. Antaranya adalah :
- Mendaki Bukit Broga
- Air Terjun Sungai Tekala
- Rabbit Fun Land
- Ostrich Wonderland
Panduan Ketika Menginap
- Kolam renang sedalam 0.9m. Sila bawa pelampung untuk kanak-kanak dan pengawasan orang dewasa diperlukan pada setiap masa.
- Kawasan pantai adalah sekitar 1200 kaki persegi, cukup besar untuk beberapa aktiviti pantai.
- Sila jaga anak-anak anda untuk menjauhi kawasan barbeku dan kawasan tepi tasik, atau pengawasan orang dewasa diperlukan pada setiap masa.
- Semua muzik dan bunyi lantang mesti diperlahankan selepas jam 10 malam. Ia masih boleh dipasang tetapi tidak berlebihan.
- Semua deko dan prop yang digunakan MESTI ditanggalkan tanpa merosakkan dinding, lantai atau perabot kami.
- Semua jenis Bunga Api, Mercun, Bahan/Bahan Berbahaya dan Haram TIDAK DIBENARKAN
Tempahan
Untuk menempah penginapan ini, boleh klik laman web Airbnb mereka disini