Selalu kalau kita teringin makanan ala-ala gourmet atau hampir ke 'fine dining' , pasti kita terfikir yang kita perlu ke bandar-bandar besar untuk mendapatkannya.
Padahal tak sangka betul, nun di Batang Kali pun ada satu restoran dengan masakan lokal & antarabangsa yang enak dan mempunyai presentation menarik ibarat di hotel 5 bintang.
Inilah lokasi 'eating out' terbaru iaitu Terminal One - Domestic & International Cuisine yang terletak 2 Kilometer dari Pekan Batang Kali atau lebih tepat, terletak di Jalan Batang Kali - Genting Highlands, di kaki bukit menuju ke pusat peranginan Genting Highlands.
Katanya disini ada pesawat Charlie Hercules TUDM (C130H).
Waktu Operasi
Operasi bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam, Khamis-Selasa. Rabu tutup ya.
Nak cantik, datang waktu malam, meriah berfoto bawah cahaya lampu yang dipasang di kawasan ini.
Alamat
Terminal 1 Domestic & International Cuisine, Lot 2026, Jln Batang Kali - Genting Highlands, Genting, 44300 Batang Kali, Selangor