HalalXPlorer Logo
sheraton langkawi
10 October 2022

Tropicana, Marriott Kerjasama Bangunkan Sheraton Langkawi Resort & Spa

Kongsikan:
Tropicana, Marriott Kerjasama Bangunkan Sheraton Langkawi Resort & Spa

Pemaju hartanah, Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) menandatangani perjanjian pengurusan hotel bersama Marriott International bagi pembinaan sebuah hotel, Sheraton Langkawi Resort & Spa.

Tropicana, Marriott Kerjasama Bangunkan Sheraton Langkawi Resort & Spa

Hotel 5 bintang dengan 270 bilik tersebut merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur Tropicana Cenang seluas 2.14 hektar, dengan anggaran nilai pembangunan kasar keseluruhan RM1.4 bilion.

Tropicana, Marriott Kerjasama Bangunkan Sheraton Langkawi Resort & Spa

Kerjasama perhotelan tersebut adalah yang ketiga antara Tropicana dan Marriot International, selepas W Kuala Lumpur dan Courtyard by Marriott di Pulau Pinang.

Tropicana, Marriott Kerjasama Bangunkan Sheraton Langkawi Resort & Spa

Sheraton Langkawi Resort & Spa dijangka mempunyai 270 bilik tetamu dan suite moden, restoran berhadapan dengan pantai, spa, kolam renang, pusat kecergasan dan kelab untuk kanak-kanak.

Tropicana, Marriott Kerjasama Bangunkan Sheraton Langkawi Resort & Spa

Ia bakal turut menampilkan dewan seluas 400 meter persegi, bilik mesyuarat dan ruang pra-acara, menjadikannya lokasi sesuai acara berskala kecil hingga sederhana.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA