TIPS PEMILIHAN TEMPAT SESUAI UNTUK PERCUTIAN ANDA DI PERHENTIAN
Pulau perhentian terletak di besut Terengganu. Pulau ini terbahagi kepada dua pulau perhentian besar dan perhentian kecil.
PULAU PERHENTIAN KECIL
Ada 3 pantai yang menjadi kegemaran orang. Kalua anda sukakan aktiviti pulau kecil banyak aktiiviti yang boleh dibuat
- Hiking ke Windmill
- Pertunjukan api di Long Beach
- Snorkeling
- Banana boat
- Scuba Dive
- Sunset di Sharila Resort
- BBQ
- Trekking
Long Beach atau pasir panjang selalu menjadi tempat pilihan pertama bagi pelancong luar negeri kerana disini terdapat banyak tempat menarik dan lebih bersifat terbuka. Tarikan disini ialah fire show dan beach parti. Disini juga terdapat tempat perkhemahan berbayar. Jika anda sukakan tempat crowded dan lebih suka di luar berbanding rehat didalam bilik ini adalah tempat sesuai untuk anda. Disini jeti hanya ada satu tiada kereta atau motor jadi anda kena rajin berjalan. Resort yang paling terkenal disini ialah Mimpi Resort dan ia sangat dekat dengan jeti. Ada banyak kedai makan disini jadi jangan risau tentang makanan.
Coral Bay ia terletak di sebelah pantai mengadap barat. Ia juga lebih tenang berbanding Long Beach. Pantainya dipenuhi dengan coral sakit kaki kalau mandi. Kalau anda ingin pergi ke Long Beach anda harus melalui Ombak dive resort akan melalui kebun getah jalan tiada lampu jadi boleh menggunakan lamu suluh atau lampu HP.
Kampung Nelayan ialah tempat orang tempatan tinggal disini makanan lebih murah. Ada masjid, sekolah dan boleh beramah mesra dengan orang tempatan. Kalau mahu ke long beach dari sini anda harus mengambil bot tambang kerana long beach sangat jauh.
PULAU PERHENTIAN BESAR
Pulau perhentian besar sangat sesuai untuk keluarga dan orang yang ingin ketenangan. Disini ada pantai2 sendiri dan chalet/resort sangat dekat dengan pantai anda boleh memantau anak2 anda. Dan ada jeti sendiri. Disini juga ada banyak tempat untuk snorkeling. Jika anda bosan di bilik anda boleh meneroka pulau dan pantai. Ada juga chalet disini yang mempunyai kolam renang sesuai untuk kanak2.
PERSEDIAN BARANG
Sunblock atau sunscreen kulit kamu sangat terdedah dengan cahaya matahari di pulau jadi harus ada perlindungan jika tidak kulit kamu akan mengelupas ataupun lebih gelap.
Pakaian mandi ini kamu sediakan lebih dari satu kerana kamu akan lebih kerap mandi pantai jika kamu yakin kamu tidak suka memadai bawa Cuma satu.
Baju bunga bagi lelaki dan sunshade ini hanyalah tambahan jika kamu suka berootd.
CARA KESINI
Jika and menaiki kapal terbang anda boleh memilih untuk turun di Kota Bharu kerana jaraknya lebih dekat berbanding kuala Terengganu. Jaraknya 57km ke jeti Kuala Besut dan anda boleh mengambil Grab, teksi atau pun van. Pastikan anda sampai sebelum pukul4 petang di jeti kuala besut.
Jika anda menaiki bas anda harus turun di terminal Kuala besut jika tiada pilihan anda boleh turun di bandar jertih dan menaiki Grab,teksi atupun bas ke sana. Dari terminal bas kuala besut anda boleh berjalan kaki hanya 5 ke 10 minit ke jeti anda boleh mengambil peluang untuk bergambar di jalan2 kerana banyak mural.
Jika menaiki kereta anda boleh parking di parking berbayar di sekitar jeti kuala besut.
AMARAN
Pastikan anda sampai sebelum pukul 4 petang kerana jika lambat bot ke pulau sudah tiada anda harus bermalam di Kuala Besut.
Jangan lupa untuk makan sebelum anda pergi ke pulau kerana makanan disana lebih mahal. Beli roti atau makanan2 ringan dan juga air mineral kerana anda akan haus bila berenang dan cuaca juga panas. Jika anda takut mabuk laut beli makanan bungkus di jeti. Bila anda sampai di jeti anda harus bayar rm5 untuk fee taman laut Malaysia.
JETI KUALA BESUT KE PULAU PERHENTIAN
- 8.00AM – 8.40AM
- 9.00AM - 9.40AM
- 10.00AM – 1040AM
- 11.00AM – 11.40AM
- 12.00PM – 12.40PM
- 1.00PM – 1.40PM
- 2.00PM – 2.40PM
- 3.00PM – 3.40PM
- 4.00PM – 4.40PM
PULAU PERHENTIAN KE JETI KUALA BESUT
- 8.00AM – 8.40AM
- 12.00PM – 12.40PM
- 4.00PM – 4.40PM
Masa bot di atas mungkin berubah dan anda harus menunggu lebih lama untuk anda dipanggil.
TIPS PILIH PAKEJ MESTI TENGOK
PENGINAPAN
Long beach = tempat cantik untuk mandi pantai lebih mahal tapi bising sebab setiap malam ada beach parti dengan pertujukan api.
- Coral bay - tempat cantik tapi pantai dia xberapa cantik untuk mandi tapi bolehlah sebab banyak coral sakit kaki pijak. Tapi tenang banyak tempat cantik untuk bergambar. Tempat makan ada kat restoran kecik depan tu. Nak makan malam ada kat ombak dive resort tapi makanan dia harga standart pulau.
- Kampung nelayan senang nak dpt makanan2 pun murah berbanding tenpat lain tapi jauh dengan long beach. Yang budget boleh la duk sini.
Perhentian besar sunyi sikit tapi sesuai pergi dengan family.
- Snorkeling point berapa point.
- Sekali dengan makan or tak kalau duduk tempat yg jauh dari restaurant ambik la pakej makan siap2.
- Elektrik ada yg 7 sampai 7 elektrik ada 24 jam so kalo jenis xduk bilik ok kalo jenis duk bilik tengari mmg panas lagi2 peak season.
- Peak season selalu harga peak mahal pada harga biasa. Musim di sini dikategorikan kepada 3 Low Season, High Season, Super High Season dan ada sesetengah chalet atau resort terbahagi kepada 4 kategori. Rancang jadual bercuti anda sebelum datang ke sini kerana Availability bilik dan harga berbeza mengikut tarikh dan season.
- Bot pergi dan balik
Bot ni tak sampai tepat masa ikut keadaan ada lambat sangat, jadi sesiapa yg flight awal 2 or bas awal ambik awal sikit. Bot last pukul 5.
CHALET DAN RESORT
PULAU PERHENTIAN KECIL
- CORAL BAY
- Shari -La Island Resort
- Ombak Resort
- Ewan's Palace
- Fatimah Chalet
- Aur Bay Chalet
- Amelia Chalet
- Maya Chalet
- Senja Bay Resort
- Butterfly Chalet
LONG BEACH
- D Rock Garden Chalet
- Lemon Grass Chalet
- Chempaka Chalet
- Mohsin Chalet
- Bubu Villa
- Trivoli Guest House
- Bintang View Chalet
- Matahari Chalet
- Panorama Chalet
- Symphony Chalet
- Sunrise Inn
- Bubu Resort
- Moonlights Chalet
- Cocohut Chalet
- Tropicana Inn
- Tivoli Inn
- Mimpi Resort
- Harrera Chalet
PRIVATE BEACH
- D'lagoon Chalet
- Mira Beach
- Petani Beach
- Mari-Mari
- Alunan Resort
AKTIVITI
Masa free time boleh :-
- Mandi pantai
- Kayak
- Ataupun hiking ke windmill
Yang duduk kg nelayan kalo nak pergi windmill baik ambik bot tambang sebab mmg jauh sangat2. Windmill tu bahaya sikit kalo kat tangga tu berhati2 ye. Sapa2 yang pergi pulau perhentian tak ambik gambar kat sini bagi saya tak complete.
- Ambik gambar kat Shangrila Chalet Carol Bay matahari terbenam mmg superb.
- Ambik gambar matahari terbit dekat longbeach
- Waktu malam tempat paling hidup dekat Longbeach tengok pertunjukan api sampai dia main dekat tepi pantai mmg cantik sangat rugi xtengok part last tu lepas pada tu yang muslim baik baliklah sebab dah start beach party joget2.
Perkongsian : Ahmad Syakir