Hulu Langat adalah salah satu destinasi percutian hujung minggu yang terkenal bagi warga Lembah Klang. Mana tidaknya, dengan perjalanan hanya sekitar 30-40 minit saja, tetapi seolah-olah berada di perkampungan jauh di desa. Dikelilingi kehijauan yang belum terusik, anak sungai, udara yang nyaman.
Tak hairanlah, ramai warga Lembah Klang berpusu-pusu ke Hulu Langat setiap kali hujung minggu tiba. Homestay, villa dan resort juga tumbuh bak cendawan di Hulu Langat bagi menampung permintaan ramai pelancong yang mahu menghabiskan masa mencari ketenangan di Hulu Langat.
Kozu Hulu Langat
Salah satu villa percutian yang ada di Hulu Langat adalah Kozu, salah sebuah unit di bawah Daun Retreats. Unit Kozu ini masih baru lagi dibuka.
Berkeluasan 20 ribu kaki persegi, villa ini mampu memuatkan 8 tetamu yang boleh menginap di 3 bilik tidur.
3 bilik tidur tersebut terdiri daripada 1 bilik tidur utama dengan katil bersaiz king, 1 bilik biasa yang mempunyai katil bersaiz queen, manakala bilik terakhir mempunyai 2 katil bersaiz 'single'.
Antara ruang lain dalam villa ini adalah ruang tamu dengan televisyen pintar (Smart TV) bersaiz 63' , kolam renang, halaman yang luas, 2 tandas dan juga pantri yang lengkap bersama mesin pembakar roti (toaster), Water Dispenser, peti ais dan Microwave.
Lokasi Percutian Berdekatan
Antara lokasi percutian yang berdekatan adalah Sungai Gabai, dan Sungai Congkak.
Alamat
Kozu, Bt 20 1/4, No 2, Lot 1476, Jalan Pansoon, Kampung Lubok Kelubi, 43100 Cheras, Selangor