HalalXPlorer Logo
munajat ambang tahun baru 2023
31 December 2022

Tiada Sambutan Keduniaan. Perdana Menteri Hadiri Munajat Sempena Ambang Tahun Baru 2023 !

Kongsikan:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2022 sehingga awal pagi 1 Januari 2023 ini dibatalkan.

Pembatalan itu susulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri bakal hadir ke satu program berbentuk keagamaan yang berlangsung bersempena Karnival Masjid Putra, Putrajaya pada malam tahun baru.

Tiada Sambutan Keduniaan. Kerajaan Adakan Munajat Sempena Ambang Tahun Baru 2023 !

Acara di Masjid Putra, Putrajaya tersebut akan bermula seusai Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah, merangkumi Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Zikir Munajat bersempena Ambang Tahun Baru 2023.

JAKIM turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang anda boleh sertai sepanjang hari pada 31 Disember 2022 ini bermula jam 6:30 pagi. Jom sama-sama kita meriahkan !

Tiada Sambutan Keduniaan. Kerajaan Adakan Munajat Sempena Ambang Tahun Baru 2023 !
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA