Bercuti ke luar negara mungkin membuatkan kita sedikit gementar, terutamanya apabila majoriti penduduk di sesuautu negara tersebut tidak memahami bahasa kita, atau bahasa inggeris.
Di Hong Kong misalnya, walaupun terdapat golongan muda pekerja di sektor pelancongan boleh berbahasa inggeris, namun majoriti penduduk tempatan di Hong Kong masih lagi bertutur dalam bahasa Kantonis.
Disebabkan itu, kami mengesyorkan anda untuk mempelajari beberapa frasa asas Kantonis sebelum menuju ke Hong Kong! Ini adalah antara beberapa frasa berguna khusus untuk dirujuk oleh pelancong Muslim, daripada ucapan asas kepada pertanyaan mengenai makanan dan juga membeli-belah:
Frasa Umum
- Hai – Nei hou (你好)
- Terima Kasih – Mm goy / Doh jeh (唔該/ 多謝)
- Selamat Pagi – Zou san (早晨)
- Tumpang Lalu – Mm goy (唔該)
- Adakah anda bercakap Inggeris – Nei sik gong ying man ma? (你識講英文嗎?)
- Minta Maaf – Dui mm jyu (對唔住)
- Dimanakah Tandas? Qi sor hai bin dou? (廁所喺邊度?)
Frasa Berkenaan Makanan
Hong Kong dipenuhi dengan makanan yang lazat dan halal. Tetapi, membuat pesanan boleh menjadi mencabar terutamanya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang makanan tersebut. Jangan risau, kami telah menyediakan anda dengan frasa ini:
- Adakah terdapat daging khinzir (alkohol) dalam ini ? – Yi gor yao chwee yok (jau) mou (呢個有猪肉(酒)冇)
- Saya tidak boleh makan daging khinzir (minum alkohol) – Ngor mm sek chwee yok (mm yam jau) (我唔食猪肉(唔喝酒))
- Adakah ini 'Vegetarian'? – Yi gor hai mm hai zaai? (呢個喺唔喺齋?)
- Minta bil bayaran – Mai dan, mmm goy (买單,唔該)
Frasa Ketika Membeli-Belah
Hong Kong adalah syurga membeli-belah, jika anda pergi ke pasar jalanan, pada masa itulah anda perlu menghidupkan kemahiran Kantonis kerana kebanyakan vendor mungkin tidak begitu mahir dalam bahasa Inggeris. Beberapa frasa ini sangat membantu jika anda mencari diskaun.
- Berapakah harganya ? – Gey do-chin?(幾多錢?)
- Terlalu Mahal – Ho gwaiah (好贵啊)
- Murah sikitlah – Peng di la (平啲啦)
Frasa Tunjuk Arah
- Dimanakah Stesen MTR Terdekat ? – Zui kan ge dei tit zham hai bin dou ah? (最近的地鐵站喺邊度啊?)
- Macamana Caranya Saya Boleh (Ke Sini)? – Heui ______ you dim heui ah? (去 (_____) 要點去啊?)
- Boleh Anda Bawa Saya ke Sini ? (Untuk Teksi) – Mm goy, joi ngor heui _____. (唔該,載我去_____)
Kredit : Discover Hong Kong