Setiap kali merancang percutian, antara perkara paling utama untuk dibuat adalah mendapatkan tiket penerbangan. Jadi kita pasti nak jimatkan kos tiket penerbangan ni sebab selalunya tiket penerbanganlah yang memerlukan kos tinggi. Jadi kali ni kami kongsikan kepada anda cara nak beli tiket flight murah dengan mudah. Boleh teruskan baca.
1 – Langgan 'Newsletter' & 'Turn On Notification'
Tahu tak? Kesemua syarikat penerbangan akan menghantar promosi-promosi atau apa jua perkembangan terbaru syarikat mereka, promosi ini akan dihantar ke alamat emel anda, dengan syarat anda perlu melanggan ataupun 'subscribe newsletter'.
Jadi, anda tidak akan ketinggalan setiap promosi yang berlangsung, malah anda akan menjadi pelanggan terawal mendapat tahu berkenaan promosi tersebut. Lagi awal anda tahu, bermakna lagi tinggi peluang anda untuk merebut slot terhad pada setiap kali promosi.
Selain itu, ada juga laman web pihak ketiga yang akan menghantar notifikasi jika harga tiket penerbangan menurun.
2 – Bandingkan Harga Tiket Antara Syarikat Penerbangan
Sekarang lebih mudah, anda hanya perlu menggunakan laman web pihak ketiga untuk membuat perbandingan harga. Gunakan laman web seperti Kayak, Kiwi, Skyscanner, Google Flight, juga Momondo terutamanya jika anda bercadang untuk bercuti ke luar negara. Ini kerana laman-laman web tadi akan menyenaraikan pelbagai syarikat penerbangan untuk satu laluan yang sama beserta harga.
3 – Bandingkan Harga 1 Hala / 2 Hala / Terus / Transit
Ramai yang tidak tahu harga tiket penerbangan untuk sehala, dua hala, flight terus atau transit sebenarnya berbeza. Kadang-kadang, perjalanan sehala lebih murah berbanding dua hala, boleh jadi juga sebaliknya. Ianya berlaku juga jika anda memilih untuk penerbangan terus atau transit. Jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat kajian sebelum menempah tiket ye.
4 – Dapatkan Tiket Hari Selasa & Rabu, Waktu 12 Malam
Majoriti kita akan mula bercuti bila bermulanya hujung minggu. Jadi kebanyakan tiket akan lebih mahal tiap kali hujung minggu berbanding dengan hari Selasa & Rabu. Jika anda bercadang untuk becuti panjang, mungkin anda boleh merancang untuk pergi bercuti bermula Rabu dan pulang pada minggu hadapannya pada hari Selasa. Dan waktu 12 malam juga merupakan waktu di mana tiket harga akan ditawarkan dengan harga yang murah.
5 – Pilih Lapangan Terbang Alternatif
Sebelum menempah tiket, buat ‘research’ dahulu berkaitan tempat yang bakal anda pergi. Jika terdapat lapangan terbang alternatif daripada lapangan terbang utama, anda boleh bandingkan harga antara lapangan terbang tersebuat. Semestinya harga akan berbeza walaupun jarak antara lapangan terbang tidaklah jauh mana. Jadi anda pilihlah yang mana lebih murah untuk jimat!