Zaman teknologi sekarang semuanya hanya di hujung jari. Dan kalau anda nak tahu, nak berjimat pun boleh di hujung jari sahaja tau. Sebabnya sekarang dah ada pelbagai aplikasi yang memberikan penjimatan bila anda berbelanja menggunakan telefon pintar anda. Cuma anda tahu atau tidak je. Jom kami kongsikan dengan anda aplikasi yang kami sendiri dah guna dan kami rasa anda juga perlu ada dalam telefon pintar anda. Kalau tak daftar rugi!
1 – Shopback
Shopback merupakan aplikasi yang menawarkan pengembalian sebahagian wang sebagai ganjaran atau pun “cashback” bila anda membuat pembelian servis atau produk dari syarikat yang berdaftar dengan shopback. Antaranya Lazada, Shopee, 11street, Booking.com, Agoda, Expedia, Zalora, Klook, Traveloka dan bermacam lagi.
2 – Bigpay
Jika sebelum ini semasa membuat pembayaran tiket AirAsia anda dikenakan caj RM4 jika menggunakan perbankan internet dan RM16 jika menggunakan kad kredit. Kini anda boleh mendapatkan penjimatan ‘Zero Processing Fee’ dengan menggunakan Big Pay . Paling best adalah Big Pay kad boleh digunakan di Lazada, Shopee, stesen minyak, beli barangan di Tesco dan Giant dan banyak lagi. Setiap transaksi anda akan memperoleh Big Point dan boleh untuk tebus ‘point’ di BIG Store mahupun BIG point untuk tiket penerbangan Air Asia. Sangat berbaloi!
3 – Grab
Siapa tak kenal Grab kan? Aplikasi yang memberi kemudahan pengangkutan dan penjimatan harga! Dan bukan itu sahaja tau. Sekarang Grab dah boleh membuat pembayaran untuk pembelian di 11Street, MBO Cinema, tambah nilai Kad Prabayar dan macam-macam lagi. Kalau anda selalu guna Grab, anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus untuk dapatkan keistimewaan seperti potongan diskaun untuk pembelian di Starbuck, Baskin Robin, TGV Cinema dan banyak lagi.
4 – Klook
Bagi yang belum tahu, terdapat lebih kurang 40,000 tawaran boleh diakses oleh pengguna di 200 destinasi seluruh dunia menerusi Klook. Bukan sahaja tawaran tiket ke taman tema tetapi turut ditawarkan adalah tiket festival muzik, tempat makanan popular, pertunjukan budaya, pakej ke destinasi-destinasi tempatan yang menarik, sewa pengangkutan dan juga menyewa hotspot WiFi. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di selepas anda membuat tempahan atau pembelian di aplikasi Klook.
5 – OYO
OYO merupakan sebuah rangkaian Hotel terbesar di India dan kini mula membangun pesat di Asia. Di Malaysia , OYO beroperasi di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. OYO menawarkan harga penginapan yang cukup rendah iaitu bermula RM49 untuk satu malam termasuk wifi percuma dan banyak lagi kemudahan!