Percutian dan pengembaraan sering didatangi dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Tak kiralah bercuti di luar negara ataupun dalam negara. Kita tak akan pernah tahu jika ada masanya kita terlupa bawa dokumen penting ketika diluar negara sehingga membuatkan kita tidak boleh pulang mengikut jadual ataupun kecuaian syarikat penerbangan dalam menguruskan bagasi kita.
Secara amnya, ‘Travel Insurance’ adalah satu produk yang telah di buat polisinya untuk melindungi kos secara kewangan dan bantuan jika perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ketika percutian.
---------------------------------------
Apakah Pakej-Pakej Perlindungan yang ada dalam satu-satu ‘Travel Insurance’?
• Single Trip – Satu pelan jangka masa pendek yang merangkumi dari Tarikh berangkat dan Tarikh pulang ke Malaysia bargantung kepada polisi syarikat insurans tertentu. Pelan ini sesuai untuk mereka yang jarang-jarang melakukan pengembaraan atau percutian pada satu-satu masa.
• Annual Cover – Pelan perlindungan selama setahun. Bergantung kepada pakej yang diambil, untuk mereka yang selalu keluar negara ataupun bercuti, pelan ini sesuai dan lebih murah daripada pelan Single Trip.
• Individual Plan – Pelan yang hanya melindungi seorang penama sahaja
• Family Plan – Pelan yang melindungi suami, isteri dan anak-anak. Kadar perlindungan dan had jumlah keluarga dan had umur berbeza mengikut syarikat-syarikat insurans.
• Group Plan – Jika bercuti atau mengembara secara berkumpulan anda boleh mengambil pelan berkumpulan. Pilih syarikat insurans yang benar-benar mempunyai polisi yang baik untuk pakej berkumpulan.
---------------------------------------
Bila anda perlu membeli ‘Travel Insurance’?
Sebaik-baiknya adalah 2 bulan sebelum Tarikh keberangkatan (Bergantung pada Polisi syarikat-syarikat insurans). Terdapat had tempoh pendaftaran untuk setiap pembelian ‘Travel insurance’. Ada diantara polisi syarikat insurans yang melindungi atau membantu anda jika terdapat pembatalan dari pihak anda sendiri. Pilih dengan bijak.
---------------------------------------
Kenapa ‘Travel Insurance’ penting?
Sebagai satu bentuk persediaan kepada apa-apa sahaja perkara yang tidak di ingini berlaku semasa bercuti atau mengembara.
• Mudah menjadi mangsa – Bila kita di tempat orang, biasanya pemangsa (perilaku jenayah) akan memilih pelancong-pelancong sebagai mangsa mudah. Contohnya jenayah penyeluk saku, rompakan dan peras ugut. Lebih-lebih lagi negara yang bahasanya sukar difahami.
• Masalah Kesihatan dan Risiko Kemalangan – Di negara orang, kita biasanya akan mudah untuk tidak berwaspada kepada keadaan sekitar. Banyak juga negara-negara yang penduduknya tidak di vaksin (negara-negara membangun) yang menyebabkan mudahnya penularan penyakit. Kemalangan juga boleh berlaku tidak kira masa dan tempat. Kepada mereka yang sakit (tidak mempunyai kewangan yang cukup) dan perlu dihantar pulang dengan segera, mempunyai pelindungan ‘Travel Insurance’ dapat sedikit sebanyak meringankan beban anda.
---------------------------------------
Bagaimana untuk menuntut ‘claim’ dari syarikat insurans?
Membuat tuntutan sebenarnya tidaklah sesulit yang dijangka. Anda mesti melengkapkan diri dengan ilmu dan faham dengan polisi-polisi insurans yang anda beli.
• Had Masa – Setiap syarikat insurans mempunyai polisi yang berbeza mengenai tempoh bila anda boleh melakukan tuntutan insurans. Sebaiknya jika berlaku kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini ketika bercuti sila hubungi syarikat insurans atau agent anda untuk mendapatkan nasihat.
• Isi Borang Tuntutan dengan cermat – Masukkan maklumat-maklumat secara terperinci apa yang anda ingin tuntutkan dari syarikat insurans. Pastikan anda tahu bagaimana untuk mengelakkan daripada alas an anda tidak diterima oleh pihak syarikat insurans anda.
• Sediakan Gambar dan Dokumen – Dokumen-dokumen ini adalah penting sebagai bukti tuntutan anda adalah benar dan boleh dibuat tuntutan. Contohnya jika anda dimasukkan didalam wad/Hospital, sila dapatkan surat doctor dari hospital berkenaan dan jika tuntutan berkait dengan penerbangan/pengangkutan, sila dapatkan butiran bertulis ataupun surat yang disahkan sebagai bukti.
• Hantar permohonan tuntutan mengikut masa ditetapkan – Setiap syarikat insurans memiliki polisi berbeza untuk tempoh permohonan tuntutan sepatutnya dihantar. Jika tuntutan anda tidak mendapat respon sila hubungi syarikat insurans kerana mungkin dokumen anda tidak lengkap.
• Bersedia untuk mempuat rayuan – Pihak syarikat insurans mungkin melihat tuntutan anda adalah remeh dan tidak perlu untuk diberikan bantuan. Jika berlaku perkara ini, anda boleh membuat rayuan kepada syarikat insurans tersebut dengan tambahan bukti yang lebih kukuh.
---------------------------------------
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat ‘Travel Insurance’ terbaik Malaysia
- Allianz
- AXA Affin
- eTiQa Takaful
- Tokio Marine
- MSIG Malaysia
- AIG Malaysia
- Tune Insurance
- Berjaya Sompo
Akhir kata, anda mesti bersedia untuk perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan diluar kawalan anda. Melengakapkan diri dengan ‘Travel Insurance’ mampu mengurangkan beban yang akan ditanggung anda kelak.
Nasihat dari kami sila lengkapkan diri dengan ilmu tentang ‘Travel Insurance’ untuk mengelakkan anda ditipu oleh agen/syarikat insurans.