HalalXPlorer Logo
8 persediaan sebelum keluar negara
06 June 2023

8 Persediaan Sebelum ke Luar Negara Pasca COVID-19

Kongsikan:
image 2

Selepas pengumuman dari Perdana Menteri baru-baru ni, banyak kelonggaran untuk travel ke luar negara. Ini 8 tips / persediaan anda kena ambil tahu sebelum ke luar negara:

????. ???????????????????? ????????????

image 3

Kebanyakan negara masih perlukan keputusan PCR yang negatif sebagai salah satu syarat masuk. Keputusan PCR negatif tidak boleh melebihi 72 jam dari tarikh swab. PCR akan diminta oleh pegawai Airline di kaunter check in selain dari passport time nak departure. Ada juga negara yang akan check di kaunter imigresen waktu arrival. Manakala untuk balik ke Malaysia anda perlu lakukan ujian PCR sekali lagi di negara anda kunjungi sebelum berangkat pulang dengan syarat yang sama, tidak boleh melebihi 72 jam.

????. ???????????????????????? & ????????????????????????????

Syarat basic untuk travel di kebanyakan negara luar mostly hanya perlu vaksin 2 dos dan keputusan PCR yang negatif. Tapi, masih ada negara yang bagi kelonggaran untuk mereka yang dah ambil booster, dah tak perlu untuk buat PCR e.g. Croatia. Hanya perlu muat turun pdf status vaksin anda melalui aplikasi MySejahtera, print dan tunjukkan pada pegawai semasa di kaunter Imigresen.

????. ????????????????????????????????????

image 4

Dah tak perlu kuarantin selepas 1 April. Jadi tak perlu lagi mohon HSO (Home Surveillance Order), cuma perlu PCR 3 hari sebelum terbang balik Malaysia & RTK bila sampai di pintu masuk Malaysia.

????. ???????????????????????????????????????? ????????????????

image 5

Borang yang perlu diisi sebelum masuk ke destinasi tujuan. Setiap negara berbeza requirement jadi kena check di portal rasmi imigresen. Biasanya diberi dalam flight sebelum mendarat, atau pun sebelum melepasi kaunter imigresen.

????. ????????????????????????????????

image 6

Perlindungan perjalanan mungkin ramai yang dah tahu, cuma yang terkini dah boleh add on Covid protection. Sekiranya disahkan dijangkiti semasa travel boleh dapat pampasan dan yang paling penting sekiranya ambil polisi 14 hari sebelum departure & terkena jangkitan Covid boleh dapat pampasan sehingga 5K sama perlindungan seperti penerbangan dibatalkan. Namun anda perlu semak coverage negara yang anda boleh tuntut pampasan. Tak semua negara covered terutama negara di Level 4.

????. ????????????????????????????????

image 7

Selain dari aktifkan roaming telco masing-masing dan sewaan pocket wifi, beli simcard baru juga adalah pilihan bijak yang lebih jimat. Boleh dapatkan di shopee sebelum berangkat. Cuma perlu pilih simcard yang cover destinasi yang dituju dan aktifkan semasa tiba di destinasi.

????. ???????????? ????????????????????

image 8

Guna kad untuk transaksi pembayaran. Bagi pengguna credit card, mungkin tiada masalah, tetapi bagi pengguna debit card, pastikan kad telah diaktifkan untuk transaksi antarabangsa. Untuk aktifkan boleh call centre / guna ATM machine / online banking. Pastikan kad tersebut ada tertulis nama anda, ada negara tak terima transaksi kad tanpa nama. Sebaiknya guna Kad debit Bigpay atau WISE. Bigpay ada kadar tukaran wang yang lebih murah berbanding kebanyakan kad perbankan Malaysia. Manakala WISE akan memudahkan anda untuk buat withdrawal dan secara automatik akan memudahkan anda membuat transaksi dari kebanyakan bank di seluruh dunia. Dengan WISE, anda seolah-olah memiliki bank akaun tempatan atas nama anda di luar negara.

????. ???????????????????????????? ????????????????????????????????

Ada negara yang kebanyakan tempatnya masih gunakan transaksi tunai sahaja, jadi currency exchange masih perlu. Cuma disarankan untuk tukar matawang utama seperti dollar atau euro dari Malaysia dan sekiranya perlu baru tukar matawang di negara yang anda tuju. Jadi tidaklah anda bazir wang anda sekiranya tidak digunakan kerana matawang utama mudah anda gunakan di mana-mana.

????. ???????????? ????????????????????????

Ada negara yang beri kemudahan untuk anda dapatkan refund untuk tax yang anda bayar bila membeli belah. Rugi kalau tak refund, terutama negara-negara sekitar eropah ada yang sehingga 25% tax dikenakan. Perlu semak requirement untuk dapatkan refund sebelum anda berbelanja, ada negara yang perlukan minimum purchase. Kami cadangkan anda guna kad Global Blue. Dah tak perlu beratur nanti refund akan automatik masuk ke bank anda.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA