Sekarang ni musim ramai orang buat Umrah tapi ramai yang masih buat 8 kesalahan ni.
1. Langgar pantang larang Ihram tapi tak buat Dam. Ada 13 pantang larang ihram yang wajib korang tahu.
2. Botakkan kepala selepas selesai umrah tak dapat pahala tahallul. Botakkan kepala sepatutnya sebaik sahaja selesai Saei, bagi yang perempuan tak perlu gunting rambut di bukit marwa. Boleh balik gunting di bilik.
3. Utamakan umrah sunat berbanding tawaf sunat adalah tidak afdal. Ibadat yang sepatutnya diperbanyakkan di Mekkah ialah tawaf sunat bukan umrah sunat.
4. Bergambar, selfie di kaabah dan berlengah-lengah selepas tawaf wada’ adalah dilarang.
5. Solat di gua hira’ bukanlah tuntutan malah ada ulamak yang menjatuhkan hukum bid’ah solat sunat di situ.
6. Solat dan berdoa di sebelah kanan mimbar bukanlah dalam kawasan Raudhah, kawasan Raudhah adalah bermula dari makam Rasulullah saw ke kiri mimbar, cari tiang bertanda bulatan hijau adalah tiang mustajab doa di dalam Raudhah.
7. Mengabaikan solat jenazah. Terutamanya jemaah lelaki, seharusnya berlumba-lumba untuk mengambil berkat solat jenazah dan mengiring jenazah ke Baqi’. Pahalanya 2 qiraat, 1 qiraat diibaratkan sebesar bukit Uhud.
8. Beli Quran di tepi jalan / kedai di luar masjid tanpa tauliah untuk tujuan wakaf di dalam Masjid adalah satu kesalahan. Setiap quran yang tiada cop tauliah akan dikeluarkan dari Masjid.