Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak.
Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak.
Sabah
Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah seperti berikut :
Kemasukan individu ke negeri Sabah adalah DIBENARKAN untuk tujuan lawatan sosial bagi kategori berikut:
a. Kemasukan domestik (pemegang MyKad, MyPR, MyKAS);
b. Pemegang pas-pas imigresen jangka panjang (bukan warganegara) yang sahtempoh; dan
c. Suami / isteri kepada rakyat Sabah dan tanggungan.
Semua individu yang akan masuk ke Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat perlu menjalani ujian RTK-PCR atau RTK-Ag COVID-19 dalam tempoh 1-3 hari sebelum perjalanan.
Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan masuk ke Sabah.
Garis panduan pergerakan individu keluar dari Sabah pula perlu mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu :
Individu dari Sabah ke Semenanjung perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 tiga (3) hari sebelum berlepas dari Sabah (berdasarkan ketetapan oleh KKM). Manakala, individu dari Sabah ke Sarawak perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum berlepas dari Sabah (berdasarkan ketetapan oleh Kerajaan Negeri Sarawak).
Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan untuk meneruskanperjalanan.
Sarawak
Individu Yang Memasuki Sarawak Hanya Dikuarantin Selama 10 Hari Di Pusat Kuarantin.
Untuk penduduk Sarawak yang kembali dari luar negara:
1. Wajib menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin
2. Ujian rt-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan ke-83. Sekiranya keputusan ujian pada hari ke-8 adalah negatif, mereka akan dilepaskan pada hari ke-10 untuk menyambung kuarantin di rumah sehingga hari ke-144. Gelang tangan akan dipasang.
Bagi bukan rakyat Sarawak dan bukan warga Malaysia:
1. Kuarantin selama 10 hari
2. Dikehendaki mengambil ujian rt-PCR di pintu kemasukan. Keputusan terbabit hanya sah selama 3 HARI SEBELUM kemasukan ke Sarawak
3. Kuarantin di rumah sehingga hari ke ke-14. Gelang tangan akan dipasang.
Bagi kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah, dan Labuan:
1. Semua warganegara dan bukan negara yang memasuki Sarawak dari Sabah, Labuan dan Semenanjung Malaysia wajib menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin
2. Ujian rt-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan ke-83. Sekiranya keputusan ujian pada hari ke-8 adalah negatif, mereka akan dilepaskan pada hari ke-10 untuk menyambung kuarantin di rumah sehingga hari ke-14.
Gelang tangan akan dipasang
4. Bagi mereka yang masuk dari Sabah dan Labuan, mereka dikehendaki menjalani ujian rt-PCR 3 HARI SEBELUM kemasukan ke Sarawak.
Secara keseluruhan, kemasukan tanpa sebab yang penting daripada bukan warga rakyat Sarawak dari Sabah dan Labuan masih tidak dibenarkan.
Kami Kongsi. Anda Terokai !