Legoland Malaysia
Legoland Malaysia Resort adalah satu kawasan peranginan yang sangat luas, menyami saiz 50 padang bola sepak , ia mempunyai 15,000 model LEGO yang sangat menarik. Model LEGO diperbuat daripada sehingga 60 juta bongkah LEGO.
Selain daripada pameran pelbagai replika monumen atau bangunan ikonik menarik yang diperbuat daripada LEGO, ada pelbagai lagi tarikan menarik di sini. Tetapi, sebelum itu, berapakah harga tiket untuk masuk ke Legoland Malaysia Resort?
Harga Tiket ke Legoland Malaysia Resort
Kategori | Dewasa | Kanak-kanak atau Warga Emas | Maklumat |
1-Day Theme Park | RM199 | RM169 | Theme Park |
1-Day Double-Park | RM279 | RM219 | Theme Park + Aquarium |
1-Day Triple Park | RM339 | RM279 | Theme Park + Water Park + Aquarium |
1-Day Water park | RM149 | RM129 | Awesome Splashing Fun |
1-Day SEA LIFE | RM89 | RM69 | Discover the Underwater World |
Jika anda rasakan harga tiket ke Legoland yang dipaparkan adalah mahal, apa kata anda cuba membeli tiket promosi dengan ejen pelancongan disini !
Mungkin anda keliru melihat pelbagai pecahan harga tiket di atas. Sebenarnya, Legoland Malaysia Resort mempunyai 3 taman utama iaitu taman tema Legoland, Taman Tema Air Legoland dan juga Sea Life Aquarium. Berikut adalah perinciannya :
1. Taman Legoland
Taman Legoland adalah tarikan utama di Legoland Malaysia Resort. Disinilah anda akan meraih pelbagai pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.
Di dalam bahagian Legoland, anda akan dapati pelbagai lagi aktiviti menarik. Di dalamnya terdapat 8 kawasan dengan setiap tema, 40 pertunjukan, tunggangan, dan tarikan lain.
2. Taman Air Legoland
Kawasan permainan air juga telah disediakan dengan nama Legoland Waterpark. Kanak-kanak pasti akan suka menghabiskan hari, bermain air disini.
Pelancong yang bermain kawasan mandian ini boleh merasai lebih 20 pengalaman menggelongsor di pelbagai jenis permainan air disini. Ternyata, banyak lagi tarikan yang ditawarkan di sini yang mampu membuatkan pengunjung lebih berpuas hati.
3. Sea Life Aquarium
Di sini, anda boleh mendapatkan pengalaman untuk mengenali dunia bawah air dengan lebih dekat. Disini terdapat akuarium dengan pelbagai hidupan marin yang pasti mengujakan anda !
4. Legoland Hotel
Setelah penat seharian bermain di 3 jenis tarikan utama, apa kata kalau berehat dan bermalam di sebuah hotel bertemakan lego iaitu Legoland Hotel ! Disini, anda boleh menginap sehingga 5 orang setiap bilik. Tambahan pula, anda boleh memilih daripada 4 tema bilik hotel LEGO iaitu Pirate, Kingdom, Adventure dan NINJAGO.