Hat Yai adalah salah satu bandar utama terletak di Wilayah Selatan Thailand. Disebabkan jaraknya yang terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia dan mempunyai jumlah penduduk Muslim yang ramai, bandar ini lazimnya menjadi pilihan buat rakyat Malaysia untuk bercuti dan berjalan-jalan.
Untuk anda yang sedang merancang untuk bercuti ke Hat Yai dan mencari tempat penginapan terbaik, kami ada satu cadangan hotel untuk anda.
Monkham Village Hotel
Ini adalah antara hotel paling bersih, dan kemas di Hat Yai sehingga mendapat reviu 9.3/10 dari keseluruhan pelanggan bagi kategori kebersihan.
Bukan senang tau nak dapat hotel yang mendapat reviu tinggi bagi kategori kebersihan. Maklumlah, banyak hotel-hotel tidak terlalu teliti dalam aspek kebersihan ni. Tetapi, tidak bagi Monkham Village Hotel ni. Kebersihan menjadi keutamaan dan anda pasti akan berpuas hati.
Lepastu, boleh ambil bilik yang ada 'direct pool access'. Memang seronok, lepas seharian berjalan boleh mandi kolam renang tepi bilik jer. Kalau ambil hotel lain penat juga nak menuju ke kolam renang tu. Nak naik lif lah apa lah kannnn.
Paling seronok, anda boleh dapatkan hotel yang menarik ini pada kadar harga yang berbaloi. Percaya atau tidak, pada kebiasaannya kadar untuk bermalam disini adalah di bawah RM200 sahaja !
Cuma kekurangan hotel ini lokasinya terletak di kawasan yang orang Malaysia tak selalu pergi bermakna kurang kedai-kedai yang menyediakan makanan halal di sekeliling hotel. Tetapi, hotel ini masih di tengah bandar Hat Yai, jadi mudah untuk anda menempah teksi dan sebagainya.
Jika anda nak cari hotel lain di Hat Yai, kami ada satu lagi cadangan. Ha, hotel apa tu? Kalau nak tahu klik disini.
Lokasi
Monkham Village Hat Yai Hotel, Rajyindee Soi 6/1 Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand