HalalXPlorer Logo
lapangan terbang kulim kxp
15 December 2023

Kedah Bakal Bina Lapangan Terbang Kulim Tidak Lama Lagi

Kongsikan:

Kerajaan negeri Kedah merancang untuk membina sebuah lagi lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri tersebut, bertempat di Kulim menjadikannya sebagai lapangan terbang ke-3 di negeri Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

KXP Airport City Holding Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tersebut.

Penubuhan syarikat berkenaan merupakan satu entiti khas bagi merancang, menyelaras dan mengurus pembangunan lapangan terbang tersebut, dengan memberikan tumpuan awal pada bahagian logistik dan juga kargo.

Kedah Bakal Bina Lapangan Terbang Kulim Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat bagi membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa bagi wilayah utara.

KXP Airport City Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh 100 peratus Perbadanan Negeri Kedah (PKNK) akan beroperasi secara rasmi pada 4 Mac 2019.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA