HalalXPlorer Logo
Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah ketahui perbezaan visa umrah dan visa pelancong beza visa pelancong dan visa umrah Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya Rancang Mengerjakan Umrah ? Ketahui Perbezaan Antara Visa Umrah dan Visa Pelancong Dahulu ! syarat dan tatacara permohonan visa umrah
08 February 2023

Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya

Kongsikan:

Bermula 27 Sep 2019 rakyat Malaysia sudah boleh datang terus ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong tanpa perlu mendapatkan kelulusan visa dari kedutaan Saudi di Malaysia walaupun anda datang dengan tujuan mengerjakan ibadah Umrah.

Jadi, mungkin ramai tertanya-tanya. Apakah perbezaan antara dua jenis visa ini, dan apakah kelebihan atau kekurangan antara visa ini?

Visa Umrah

Kita mulakan dengan visa umrah yang telah lebih terdahulu diperkenalkan. Sesuai namanya, visa ini hanya sah untuk umrah sahaja. Dengan menggunakan visa ini, pelawat hanya boleh memasuki Bandar Jeddah serta Kota Mekkah dan Madinah sahaja. Jadi, untuk melancong ke kawasan lain tak boleh. Sesuai dengan tempoh Umrah, sah laku bagi visa ini hanyalah 30 hari. Tiada had umur dikenakan bagaimanapun, wanita bawah 45 tahun memerlukan mahram bagi mendapatkan kelulusan untuk visa ini.

Sesuai dengan situasi endemik COVID-19 sekarang, pemohon bagi visa ini perlu menyerahkan bukti vaksin.

  • Tiada Had Umur
  • Tujuan hanya untuk umrah sahaja.
  • Hanya boleh melawat Jeddah, Mekah dan Madinah
  • Sah laku 30 hari.
  • 30 hari per entry.
  • Tempahan permit umrah & raudah dibuat secara berkumpulan. Jika ada yang uzur, akan terlepas dari slot tempahan.
  • Perlu Mahram untuk wanita bawah 45 tahun.
  • Perlu bukti vaksinasi meningitis Meninggococcal

SOP Umrah Terbaru

  • Tiada Had Umur
  • Tidak perlu vaksin dan boleh tunai umrah sekiranya negatif Covid-19
  • Tidak perlu PCR atau RTK
  • tidak lagi perlu dikuarantin
  • Jemaah yang berumur 5 tahun ke atas boleh mendapatkan permit umrah daripada Aplikasi Eatmarna.
  • Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh menemani ibu bapa untuk solat di Dua Masjidil Haram.
  • Topeng dan penjarakan sosial tidak lagi diperlukan di tempat awam.
  • Jemaah haji kini boleh membuat pra-tempah permit Umrah melalui salah satu daripada permohonan berikut: Eatmarna atau Tawakkalna.

Visa Pelancong

Bagaimana pula dengan visa pelancong ? Yuran untuk visa pelancong ini adalah SAR440. Berbeza dengan visa umrah, akses ke Arab Saudi menggunakan visa ini lebih luas dan banyak pilihan. Antara pintu masuk yang dibenarkan termasuklah Riyadh dan Dammam, selain Jeddah dan Madinah. Ada dua cara untuk mendapatkan visa ini iaitu e-visa ataupun visa on arrival. Dinasihatkan untuk menggunakan e-visa dari visa on arrival untuk mengelakkan masalah setelah tiba di pintu masuk Saudi nanti.

beza visa pelancong dan visa umrah Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya
Kredit : EziUmrah

Berbeza dengan visa umrah, kaum wanita di bawah 45 tahun tidak perlu ditemani mahramnya. Sahlaku untuk visa ini pula lebih lama iaitu 90 hari. Visa ini sah untuk ke seluruh Arab Saudi, bagaimanapun individu bukan Muslim tidak dibenarkan masuk ke Mekah dan Madinah.

Ini juga sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat umrah secara sendiri. Permohonan visa secara atas talian. Bahasa mudahnya Umrah DIY.

  • Kerajaan Saudi telah membuka visa pelancong pada 27 September 2019 kepada 49 buah negara termasuk Malaysia.
  • Boleh apply melalui online https://visa.visitsaudi.com.
  • Boleh berada 3 bulan (90 hari) di dalam Saudi.
  • Kos visa ini adalah SR300 dan tambahan SR140 untuk medical insurance (lebih kurang RM500 seorang)
  • Pelancong Islam boleh mengunakan visa ini memasuki Makkah & Madinah untuk menunaikan umrah kecuali pada musim haji
  • Pelancong bukan islam boleh juga masuk Saudi menggunakan visa ini. Mereka tidak dibenarkan memasuki tanah haram Makkah & Madinah.
  • Berita baik juga untuk wanita kerana tidak memerlukan Mahram. Mesti berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Visa pelancong tidak boleh digunakan untuk bekerja.

Arab Saudi dah senaraikan Malaysia sebagai salah satu dari hanya 7 negara Asia yang dibenarkan masuk ke Saudi menggunakan visa pelancongan yang membenarkan pelancong mengerjakan umrah, maka mudah lah pemegang passport Malaysia untuk mengerjakan umrah secara DIY selepas ni. Boleh atur perjalanan sendiri. Semoga kelebihan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia. Indonesia pun tak boleh guna visa pelancong ni.

Cara Apply e-Visa Arab Saudi

Prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:

  1. Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
    Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
  2. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  3. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
  4. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
  5. Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
    Medical insurance
    Term and condition
    Review application
    PAYMENT: thru debit @ credit card .
  6. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir.

beza visa pelancong dan visa umrah Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya
Kredit : Tripfez

Cara Apply e-Visa Arab Saudi
Prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:

  1. Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
    Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
  2. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  3. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
  4. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
  5. Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
    Medical insurance
    Term and condition
    Review application
    PAYMENT: thru debit @ credit card .
  6. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA