HalalXPlorer Logo
kos tunai haji jemaah indonesia tahun ini meningkat kepada 45 juta rupiah !
08 February 2023

Kos Tunai Haji Jemaah Indonesia Tahun Ini Meningkat Kepada 45 Juta Rupiah !

Kongsikan:

Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas mencadangkan kenaikan harga menunaikan ibadah haji jemaah negara itu kepada 45 juta rupiah (RM13,171).

Cadangan itu diusulkan oleh Yaqut ketika satu sesi perbincangan virtual bersama Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI).

“Cadangan kenaikan pembiayaan haji ini adalah sebanyak RM13,171 bagi seorang jemaah.

“Pembiayaan ini akan merangkumi tiket penerbangan, makan minum, visa dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sebaik tiba di Arab Saudi,” ujarnya.

Kos jemaah haji dari Indonesia bagi musim 2022 adalah lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya. 

Pada tahun 2020, kosnya adalah 31 juta rupiah (RM9,193)  hingga 38 juta (RM11,211) manakala pada tahun 2021 menjadi Rp 44.3 juta (RM12,950). – Agensi

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA