HalalXPlorer Logo
kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah harga tetap tak boleh ke why do airline fares change all the time
24 April 2023

Kenapa Harga Tiket Flight Berbeza-Beza Walaupun Dalam Pesawat & Destinasi Yang Sama?

Kongsikan:

Pelik tak ? Kadang-kadang kita travel beramai-ramai bersama rakan atau keluarga besar. Kita semua menaiki penerbangan yang sama, syarikat yang sama, waktu yang sama, kapal terbang yang sama. Tetapi, harga tiket kita berbeza ? Kadang-kadang rakan kita berjaya mendapatkan harga tiket lebih murah.

Hm, macamana ya ? Kenapa macam tu ? Kenapa harga tiket penerbangan tak sama, kadang-kadang mahal kadang-kadang murah. Tak boleh ke tetapkan pada satu harga, seperti pengangkutan awam lain macam bas ekspres?

'Yield Management'

Syarikat penerbangan menggunakan strategi berteknologi tinggi yang dipanggil pengurusan hasil atau 'yield management' yang dengan sengaja mengenakan harga yang berbeza kepada jenis penumpang yang berbeza untuk memaksimumkan jumlah keuntungan.

Cuba bayangkan, ada satu syarikat penerbangan mempunyai pesawat dengan 100 tempat duduk yang akan terbang dari lokasi A ke destinasi B .

Bagi perjalanan itu, akan ada sekumpulan orang — pengembara perniagaan, pengembara dengan hal kecemasan dan urusan penting, orang yang tidak kisah berapa pun harga penerbangan. Kita gelarkan mereka "Go-At-Any-Price". Selain itu, akan ada kumpulan yang lebih besar yang terdiri daripada individu yang mementingkan harga. Mereka mahu menaiki penerbangan, tetapi tidak terdesak. Kumpulan kedua ini mungkin sanggup membeli tiket dalam penerbangan ini, tetapi hanya jika harganya berpatutan. Kita gelar kumpulan ini sebagai "go-if-the-price-is-right".

kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke? Why do airline fares change all the time?
April 19, 2011

Dilema syarikat penerbangan ialah jika mereka menetapkan harga bagi setiap tempat duduk pada harga maksimum yang mereka boleh perolehi daripada kumpulan "go-at-any-price", mereka akan menjana banyak pendapatan daripada penumpang tersebut tetapi pesawat akan mempunyai banyak kerusi kosong (peluang yang sia-sia untuk raih lebih banyak pendapatan). Sebaliknya, jika mereka mengisi pesawat dengan mengenakan tambang yang cukup rendah untuk menarik semua pelancong "go-if-the-price-is-right", mereka akan memberikan tempat duduk kepada "go-at-any-price" orang ramai dengan harga yang jauh lebih rendah daripada yang mereka sanggup bayar. Pemikiran itu membuatkan syarikat penerbangan tidak dapat memaksimumkan keuntungan mereka. Katakanlah ramai sanggup bayar RM1000 bagi sesuatu destinasi, tetapi kesemua tiket penerbangan dijual pada harga RM550. Kan syarikat penerbangan tak dapat untung besar tu. Daripada keuntungan RM100,000 bertukar menjadi keuntungan RM55,000 sahaja.

Matlamat syarikat penerbangan adalah untuk mendapatkan seberapa banyak yang mereka boleh bagi setiap tempat duduk di dalam pesawat. Jika 10 orang sanggup membayar RM1000, mereka mahu menjual 10 daripada 100 kerusi untuk harga tersebut; jika ada 20 orang lagi sanggup membayar RM500, maka mereka akan menjual 20 lagi kerusi pada kadar RM500; dan seterusnya sehingga kapal terbang penuh.

Sebab itulah harga tiket berbeza-beza. Tetapi, macamana mereka buat ?

Setiap Pesawat Penerbangan Ada Kelas Tersendiri

Mungkin ramai sudah tahu pesawat-pesawat syarikat penerbangan mempunyai kelas berbeza seperti kelas ekonomi, kelas perniagaan dan juga kelas pertama. Tetapi, ramai tak tahu sebenarnya dalam kelas-kelas ini pun, masih ada lagi sub-kelas yang ramai tidak perasan, ia tertera di tiket anda. Kelas-kelas ini mempunyai harga berbeza seperti tambang penuh, tambang promosi, tambang staff dan sebagainya. Ia dilabel dengan abjad dan mempunyai kelebihan serta kekurangan yang ramai penumpang tidak tahu.

kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke? Why do airline fares change all the time?
April 19, 2011

Sebagai contoh, United Airlines yang beroperasi di Amerika Utara mempunyai 43 sub kelas bagi kelas ekonomi ! Ini pula contoh sub-kelas yang digunakan oleh pesawat Boeing 777-300ER American Airlines :

  • F dan A: Kelas Pertama
  • C, J, R, D dan I: Kelas Perniagaan
  • W dan P: Ekonomi Premium
  • Y, H, K, M, L, G, V, S, N, Q, O dan E: Ekonomi
  • B: Ekonomi Asas

Sebab itulah, harga tiket penerbangan berbeza dengan rakan atau saudara anda walaupun anda lihat ianya masih sama dalam kelas ekonomi. Bukannya syarikat penerbangan tiba-tiba menaikkan harga tiket. Tetapi, mungkin sub-kelas dengan harga murah telah habis terjual.

Jualan Promosi

Laluan penerbangan tidaklah sentiasa penuh dan mendapat sambutan. Contohnya, lokasi-lokasi percutian seperti Langkawi mungkin tidak mendapat sambutan hangat ketika bukan musim cuti sekolah. Kita panggil ini ' di luar musim'.

Jadi, syarikat penerbangan akan selalu mengadakan jualan promosi bagi tarikh-tarikh di luar musim untuk memastikan pesawat mereka tetap penuh. Mungkin mereka tidak mendapat keuntungan besar pada waktu ini, tapi dapat 'balik modal' pun jadi lah.

kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke? Why do airline fares change all the time?
April 19, 2011

Berbeza pula dengan penerbangan ketika musim percutian, lebih ramai mahu ke sesuatu destinasi pada waktu ini menyebabkan harga tiket pada sub-kelas rendah habis dan seterusnya penumpang terpaksa mendapatkan tiket pada harga lebih mahal.

Jadi, anda jangan lupa untuk dapatkan tiket pada jualan promosi !

Menurut laman Skyscanner, kebiasaannya hari Khamis adalah hari tiket paling mahal dan hari Selasa (pagi) adalah waktu paling sesuai untuk memeriksa harga tiket.

Waktu Penerbangan

Selain daripada musim cuti sekolah atau tidak, ada satu lagi perkara yang mempengaruhi harga tiket penerbangan iaitu waktu penerbangan.

ikenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke? Why do airline fares change all the time?
April 19, 2011

Kebiasaannya bagi perjalanan jarak dekat, pesawat yang berlepas pada awal pagi ataupun pada lewat malam lebih murah disebabkan kurangnya orang yang sanggup melakukan perjalanan pada waktu ini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA