HalalXPlorer Logo
kerajaan kaji mekanisme atasi harga tiket penerbangan mahal ke sabah & sarawak
26 April 2023

Kerajaan Bakal Umum Penerbangan Tambahan Sempena Raya Aidilfitri

Kongsikan:

Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan jumlah pertambahan penerbangan, termasuk ke Sabah dan Sarawak sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Malah, harga tetap untuk penerbangan seperti yang diumumkan sebelum ini akan turut dilaksanakan bersama penambahan penerbangan itu.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga sudah membentangkan penambahan penerbangan itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

"Malaysia Airlines juga akan menggunakan pesawat 'wide body' (pesawat lebih besar) untuk penerbangan balik ke Sabah dan Sarawak. Jadi, kapasiti penerbangan akan bertambah. Kapasiti tempat duduk akan bertambah.

"Apabila kapasiti bertambah, sudah tentu harga purata itu akan menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan tambang murah sudah mengumumkan kadar tambang rendah sempena Aidilfitri.

AirAsia menawarkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak bermula 19 April hingga 30 April 2023.

Harga tiket yang ditawarkan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri hanya RM199 sehala, manakala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada RM249 sehala.

Sebanyak 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ditawarkan AirAsia sempena perayaan Aidilfitri.

Permintaan tinggi sempena Hari Raya juga mendorong syarikat penerbangan Batik Air menyediakan lebih 10,000 tiket tambahan tanpa kenaikan harga bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Semua tambang penerbangan dari KLIA ke Kuching yang ditetapkan RM299, manakala ke Kota Kinabalu RM359.

Selain itu, 4,000 tiket tambahan turut disediakan bagi penerbangan domestik di sekitar Semenanjung bermula serendah RM199.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA