Kerajaan negeriMelaka memutuskan untuk membatalkan sambutan malam Ambang Tahun Baharu 2023, yang sepatutnya diadakan pada 31 Disember ini, di Taman Seribu Bunga.
EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata ia diputuskan selepas mengambil kira musibah banjir yang melanda beberapa negeri pada waktu ini.
"Dalam keadaan sebegini, rasanya tidak wajar untuk kita adakan sambutan tahun baharu.
"Kebetulan ia senada dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang juga membatalkan penganjuran itu," katanya pada sidang media penganjuran Pesta Bunga Melaka 2022 di Taman Seribu Bunga.
BACA : KERAJAAN PERSEKUTUAN BATAL SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2023 SECARA BESAR-BESARAN
Bagi menggantikan sambutan itu, kerajaan negeri mungkin akan mengadakan doa selamat atau acara berbentuk keagamaan bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia khususnya di Pantai Timur yang sedang berduka.
Pada masa sama, Melaka merancang untuk menghantar bantuan dari segi tenaga kerja dan sukarelawan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri terbabit.