Untuk tahun 2024 ini, semakin banyak destinasi di dunia mula memfokuskan kepada pasaran pelancongan Mesra Muslim. Bagi anda yang dah biasa 'travel', mungkin sudah banyak destinasi 'mainstream' yang anda lawati. Jadi, kali ini kami akan senaraikan kepada anda 10 destinasi 'rare' tetapi menawarkan pelbagai kemudahan Mesra Muslim !
1. Kaohsiung City, Taiwan
Anda tau tak ada satu negara 4 musim semakin "Trending" dikalangan pelancong, terutamanya pelancong Muslim sebab penduduk dekat sini sangat mesra.
Walaupun majoriti bukan beragam Islam, tetapi negara ini sangat Mesra Muslim sehingga diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal”.
Bukan itu sahaja, Taiwan juga mengekalkan tempat ketiga dikalangan destinasi pelancongan negara-negara bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dunia dalam Mastercard-CrescentRating “Global Muslim Travel Index (GMTI) 2023”!
Ada banyak Masjid, hotel mesra Muslim serta restoran-restoran Halal dibawah pemantauan Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan. Paling kena try mee daging Taiwan ! Halal beb !
Bukan tu saja, kalau nak berjalan-jalan pun memang mudah sebab stesen pengangkutan awam macam lapangan terbang, stesen keretapi pun turut menyediakan kemudahan surau ! Antara tempat paling menarik anda boleh pergi di Taiwan adalah Kaohsiung City !
2. Xi'an, China
Siapa yang minat budaya dan rasa halal oriental China, pernah tak terdetik di hati nak lawat China? Kalau pernah, mungkin korang ada juga rasa risau tentang nak cari makanan halal dan juga tempat yang bersih dan selesa untuk solat.
Kalau anda nak tau, 1% hingga 2% daripada jumlah populasi di China beragama Islam (menurut CIA World Factbook). Setakat tahun 2009 je bilangan Muslim di China dah cecah 21 juta orang. Bukan tu je, menurut SARA, terdapat 36,000 tempat ibadat untuk orang Islam di China.
Xi’an dalam wilayah Shaanxi yang terletak di bahagian tengah China adalah salah-satu lokasi strategik bagi anda yang berhasrat melancong ke China.
Disebabkan ramai penduduk Muslim disini, banyak kemudahan seperti lambakan restoran dengan makanan halal, dan juga masjid.
Malah, lokasi berkenaan mempunyai banyak tempat tarikan pelancong terutama tinggalan sejarah masyarakat China berusia ribuan tahun selain keindahan alamnya.
3. Hyogo, Jepun
Hyogo, terletak di wilayah Kansai yang menawan dan terkenal dengan sejarah, landskap dan warisan budaya. Ibu kotanya, Kobe City, adalah bandar pelabuhan yang sibuk dengan banyak tarikan dan makanan mesra Muslim. Kalau bab makan, anda wajiba menikmati daging lembu Kobe semasa anda berada di Hyogo.
Terdapat banyak restoran mesra Muslim di Hyogo, terutamanya di kawasan bandar Kobe. Dan kebanyakan restoran mesra Muslim menyajikan daging lembu Kobe yang disahkan Halal.
Hyogo juga terkenal dengan mata air panas yang tenang, istana bersejarah dan gunung. Tarikan di Hyogo yang perlu ada dalam senarai perjalanan anda ialah, Arima Onsen, Runtuhan Istana Takeda, Istana Himeji, Gunung Rokko, Ako Onsen dan Muzium Genbudo.
Masjid tertua di Jepun terletak di sini, Kobe Muslim Mosque. Dan ramai orang Islam tinggal di sana.
Dengan sejarah yang menarik, landskap yang pelbagai dan kemudahan yang semakin meningkat untuk pengembara Muslim, Hyogo telah muncul sebagai destinasi menarik bagi mereka yang mencari pengalaman mesra Muslim di Jepun. Mencari tempat baru untuk melancong ke Jepun? Jadikan Hyogo destinasi pelancongan anda yang seterusnya.
4. Chiang Mai, Thailand
Terletak di pergunungan utara Thailand, Chiang Mai adalah antara bandar terbesar di Thailand. Walaupun tidak mempunyai populasi Muslim yang ramai seperti bandar-bandar di bahagian Selatan Thailand, namun bandar Chiang Mai masih lagi menawarkan restoran mesra halal, dan masjid untuk solat.
Antara tarikan yang boleh anda kunjungi semasa berada di Chiang Mai adalah Chiang Mai Night Safari, Night Bazaar, Air Terjun Mae Sa dan juga Talat Warorot.
5. Hoi An, Vietnam
Vietnam mungkin sudah pernah dijejaki oleh ramai pelancong Malaysia. Namun, tempat yang biasanya dikunjungi adalah Ho Chi Minh, Dalat , ataupun Hanoi.
Macamana pula dengan Hoi An ?
Hoi An, adalah merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO di Vietnam, pasti mempesonakan anda dengan seni binanya yang terpelihara dengan baik dan suasana yang tenang.
Kota tua ini menawarkan gabungan sejarah dan keharmonian yang unik, menjadikannya wajib dikunjungi bagi mereka yang mencari kekayaan budaya.
Antara yang boleh dilakukan adalah bersiar-siar di jalan-jalan menawan yang dihiasi dengan tanglung, lawati Jambatan Berbumbung Jepun yang bersejarah, dan nikmati masakan Vietnam yang halal.
6. Macau, China
Macau adalah salah satu daripada dua kawasan pentadbiran khas republik rakyat China. Lokasi lain ialah Hong Kong tetapi Hong Kong dah selalu sangat kita dengar dan ramai yang sudah ke sana. Jadi, jangan lupa untuk ke Macau.
Hanya di seberang dari Hong Kong, Macau terletak di Delta Sungai Pearl. Kebanyakan pelancong yang melawat ke kawasan ini mendapati bahawa Macau adalah lokasi yang sangat baik. Persekitaran yang bersih, kos sara hidup yang rendah, dan seni bina yang indah, gabungan tarikan sejarah dan moden, pengangkutan awam yang efisien dan pelbagai lagi membuatnya menjadi tempat yang sangat menarik untuk dilawati.
7. Brisbane, Australia
Bandar-bandar yang selalu dikunjungi oleh rakyat Malaysia adalah Perth, Melbourne dan juga Sydney. Tahu tak, Australia ada banyak lagi bandar-bandar yang best. Salah satunya adalah Brisbane yang merupakan ibu negeri Queensland.
Brisbane saja dah ada banyak destinasi menarik, tapi berdekatan dengan bandar Brisbane pula adalah sebuah lagi bandar Gold Coast yang mempunyai sangat banyak taman tema. Antaranya adalah Warner Bros. Movie World, Dreamworld, Wet N' Wild Gold Coast, dan juga Sea World.
8. Colombo, Sri Lanka
Sri Lanka, juga dikenali sebagai "Pearl of the Indian Ocean," ialah sebuah negara pulau yang indah yang terletak di Asia Selatan. Kaya dengan sejarah, budaya yang pelbagai, dan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, Sri Lanka telah menjadi destinasi popular untuk pengembara Muslim dari seluruh dunia. Negara ini mempunyai penduduk Muslim yang ramai dan menjadi komuniti ketiga terbesar di negara ini. Anda boleh menerokai pelbagai mercu tanda Islam, termasuk masjid dan makam.
Selain itu, Sri Lanka menawarkan pilihan makanan halal, kemudahan solat dan kemudahan lain yang memenuhi keperluan pengembara Muslim. Sama ada anda berminat untuk menerokai bangunan bersejarah, bersantai di pantainya yang bersih, atau menyelami budayanya yang meriah, Sri Lanka ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pengembara Muslim.
9. Agra, India
Agra pada asalnya mungkin tidak sepopular Delhi ataupun Mumbai. Bagaimanapun, jika ditanya berkenaan satu bangunan atau mercu paling terkenal di India, pasti ramai akan menjawab ' Taj Mahal'.
Tahu tak, sebenarnya Agra yang merupakan bandar ke-23 paling ramai penduduk di India ini adalah lokasi dimana terletaknya monumen ikonik dan bersejarah Taj Mahal. Islam pula adalah agama kedua terbesar di Agra menjadikan pelancong Muslim mudah untuk menemui masjid, dan juga restoran yang menyediakan makanan halal.
10. Phnom Penh, Kemboja
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja yang terletak di tebing Sungai Mekong. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja.
Terkenal dengan tarikan seni bina indah dan bersejarah , destinasi ini terletak hanya 2 jam menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur menjadikan ia sebagai satu destinasi yang sesuai untuk dikunjungi di waktu percutian singkat.
11. Gangwon, Korea Selatan
Gangwon, sebuah wilayah yang terkenal dengan landskapnya yang tenang, menjadi kawasan yang sangat cantik pada musim sejuk apabila salji menyelimuti wilayah itu. Anda boleh menikmati suasana yang tenang sambil memanfaatkan kemudahan mesra Muslim.
Terokai Taman Negara Seoraksan yang indah, kunjungi Alpensia Resort, dan nikmati hidangan halal Korea. Gangwon menawarkan tempat percutian yang damai dengan sentuhan pengembaraan, menjadikannya destinasi ideal untuk pengembara Muslim yang mencari keindahan alam semula jadi dan budaya.