HalalXPlorer Logo
bercuti dengan si bayi kecil ini tipsnya
09 February 2023

Melancong Dengan Anak Kecil? Ikuti Tips Ini !

Kongsikan:

Bercuti sememangnya sangat menyeronokkan apatah lagi kita dapat meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayang.

Tidak timbul banyak masalah bagi mereka yang ingin bercuti secara solo atau pergi bersama rakan-rakan.

Tapi, bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil? Pasti banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan khususnya dari segi lokasi percutian, makanan mahupun keperluan si kecil.

Melancong Dengan Anak Kecil? Ikuti Tips Ini !

Bagi memastikan percutian anda bersama keluarga dan si kecil berjalan lancar dan menggembirakan, apa kata ikuti beberapa tip ini.

1) Pilih destinasi

Penentuan lokasi sangat penting. Jika lokasi percutian anda di luar negara, beberapa perkara perlu anda titik beratkan, contohnya pakaian di negara yang bermusim, perbezaan waktu dan sebagainya. Buat sedikit carian dan penyelidikan mengenai lokasi yang ingin dikunjungi.

Melancong Dengan Anak Kecil? Ikuti Tips Ini !

2) Rancang itinerari percutian

Merancang itinerari adalah sangat penting kerana ia membabitkan pengurusan masa. Dalam itinerari tersebut, senaraikan lokasi yang ingin dikunjungi dan pastikan anda sudah membuat sedikit penyelidikan mengenai lokasi-lokasi berkenaan, seperti jarak dari hotel, kemudahan, masa sesuai untuk pergi dan sebagainya.

3) Barang keperluan bayi

Ibu bapa perlu teliti dalam bab ini. Pastikan anda membawa semua keperluan bayi seperti barangan mandi, pakaian, ubat-ubatan, makanan dan permainan. Pastikan anda membuat ‘check list’ dan kemas beg pakaian si kecil lebih awal supaya anda tidak kelam kabut atau ada yang tertinggal. Juga, pastikan anda membawa satu beg galas kecil untuk mengisi barang si kecil ketika bersiar-siar. Ops, jangan lupa bawa kereta sorong bayi. Ini sangat membantu anda nanti.

Melancong Dengan Anak Kecil? Ikuti Tips Ini !
Kereta sorong bayi merupakan barang yang penting untuk dibawa ketika bercuti. 

4) Tempah bassinet

Bassinet memudahkan anak kecil tidur ketika dalam penerbangan, khususnya yang mengambil masa berbelas jam.

Melancong Dengan Anak Kecil? Ikuti Tips Ini !

Untuk bilik hotel pula, kami cadangkan anda memilih bilik penginapan yang luas supaya ada ruang untuk anda meletakkan katil tidur bayi disisi. Jadi, tak perlulah anak kecil anda berkongsi katil dengan anda.

5) Tempahan awal bilik hotel

Jika bawa anak kecil, usah berangan untuk main ‘redah’ tempah bilik hotel. Sebaiknya, buat tempahan awal untuk elakkan anda terpaksa bermalam di hotel yang mungkin tidak sesuai untuk anda sekeluarga. Anda digalakkan membuat tempahan bilik hotel lebih awal bagi menjamin kelancaran dan keselesaan ketika bercuti.

6) Latihan percutian

Apa kata anda cuba bawa anak kecil bercuti di lokasi dalam negara atau lokasi berdekatan terlebih dahulu. Dari sini, anda akan dapat gambaran tentang apa yang perlu ditambah baik dan sebagainya. Ini lebih memudahkan anda ketika percutian sebenar nanti. 

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA