Selari dengan motto 'Citarasa Hotel, Harga Warung', premis makanan popular, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah 90 sen sahaja !
Inisiatif tersebut dilihar menyahut usaha kebajikan untuk semua pengguna khususnya golongan B40 dan sejajar dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, baru-baru ini, bertujuan memastikan golongan berkenaan khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Dengan 90 sen itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.
Namun, jika anda mempunyai bajet yang lebih, boleh cuba menu yang lebih gempak. Selain nasi lemak promosi ditawarkan, Pak Mat Western juga menawarkan Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball yang turut menjadi kegemaran.
Selain Pulau Pinang, jenama berdaftar di bawah syarikat Pak Mat Western Sdn Bhd itu hingga kini premis makanan popular dan tular itu turut mempunyai cawangan utama di Johor.
Malah, premis makanan terbabit turut mempunyai 'ekspress mart' di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.