Mengisi nama penumpang ketika membuat tempahan tiket penerbangan mungkin nampak seperti hal remeh, tetapi sedar tak sedar, ramai yang melakukan kesalahan kecil ini dan akhirnya membawa kepada kesan yang besar sehinggakan anda berhadapan risiko tidak dibenarkan menaiki penerbangan !
Jadi, untuk memastikan perjalanan anda lancar nanti, anda harus mengambil berat perihal mengisi nama dan maklumat yang berkaitan ketika membuat tempahan tiket penerbangan.
Ini adalah panduan untuk anda mengisi butiran penumpang ketika menempah tiket penerbangan Malaysia Airlines.
Sila masukkan nama anda seperti yang tertera pada pasport anda dan gunakan aksara abjad A-Z dan a-z, maksimum 40 aksara untuk nama Keluarga/Keluarga; 25 aksara untuk nama Pertama & Tengah.
Jumlah panjang maksimum gabungan tajuk nama, nama pertama, tengah dan akhir termasuk tarikh lahir anak atau bayi ialah 56 aksara.
Sebagai panduan, sila rujuk contoh berikut.
Bagi pemegang pasport Malaysia di mana nama pada pasport tanpa ruangan nama pertama dan akhir. Sila ikuti panduan di bawah :
Nama Passport | Nama Akhir (First Name) | Nama Pertama dan Pertengahan (First & Middle Name) |
Ahmad Faliq Bin Hamedi | Ahmad Faliq | Bin Hamedi |
Safiyya Aliaa Binti Abu Bakar | Safiyya Aliaa | Binti Abu Bakar |
Vincent Tan Ming Ban | Vincent Tan | Ming Ban |
Foo Mei Mei | Foo | Mei Mei |
Vasuthevan Thambiran | Vasuthevan | Thambiran |
Angelina Anak Kawau | Angelina | Anak Kawau |
Semua pasport lain dengan lajur nama pertama dan nama keluarga yang berasingan, masukkan nama dengan sewajarnya.
Jika Nama Melebihi 56 Aksara
Jika panjang nama penumpang melebihi 56 aksara. Maka, nama pertama boleh digantikan dengan huruf awal. Lihat contoh di bawah :
Nama di Passport | Putra Muhammad Aniq Amsyar Mokhtar Shah Bin Putra Muhammad Akhbar Shah |
Nama Akhir | Putra Muhammad Aniq Amsyar Mokhtar Shah |
Nama Pertama & Pertengahan | Bin Putra Muhammad Akhbar Shah |
Penggunaan Huruf Awal | BPMAS |
Nama Kanak-Kanak Melebihi 56 Aksara
Nama di Passport | Putri Maryam Ulyaa Zinnirah Binti Putra Muhammad Aniq Amsyar Mokhtar Shah |
Nama Akhir | Putri Maryam Ulyaa Zinnirah |
Nama Pertama & Pertengahan | Binti Putra Muhammad Aniq Amsyar Mokhtar Shah |
Penggunaan Huruf Awal | BPMAAMS |
Nama Hanya Satu Perkataan Tanpa Nama Akhir
Nama di Passport | Susanti |
Nama Akhir | LNU |
Nama Pertama & Pertengahan | Susanti |
Nama Hanya Satu Perkataan Tanpa Nama Awal & Pertengahan
Nama di Passport | Andre |
Nama Akhir | Andre |
Nama Pertama & Pertengahan | FNU |
Nama Dengan Sengkang
Name di Passport | Dan Stuart-Dinsdale |
Nama Akhir | Stuart Dinsdale |
Nama Pertama & Pertengahan | Dan |
Nama Akhir Hanya Satu Huruf
Sila masukkan satu lagi huruf yang sama kerana minima dua huruf diperlukan. Contohnya :
Nama di Passport | Y Moana |
Nama Akhir | YY |
Nama Pertama & Pertengahan | Moana |
Nama Dengan Abjad Bukan Roman
Gunakan nama seperti yang dinyatakan pada bahagian kod bar di bahagian bawah halaman utama pasport.
Nama di Passport | Mazharul Sidek Khan 亚辛 |
Nama Akhir | Khan |
Nama Awal & Pertengahan | Mazharul Sidek |
Nama di Kod Bar | Mazharul Sidek Khan |
Untuk maklumat lanjut, boleh klik panduan disini. Kemudian, jangan lupa dapatkan promosi jika menempah tiket Malaysia Airlines. Nak tahu promosi apa? Klik disini !