HalalXPlorer Logo
pemegang visa pelancong saudi kini dibenar tunaikan umrah
09 February 2023

Pemegang Visa Pelancong Saudi Kini Dibenar Tunaikan Umrah

Kongsikan:

Umat Islam yang memiliki visa pelancong dan visa komersial akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Mekah semasa berada di negara ini.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memudahkan individu yang mahu menunaikan umrah.

Menurut pihak kementerian, kemudahan itu disediakan bagi individu dari 49 negara di seluruh dunia yang boleh mendapatkan visa secara dalam talian menerusi portal ‘Visit Saudi Arabia’ atau sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Saudi.

Peraturan baharu itu membolehkan pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam menunaikan ibadah sempena Tahun Baru 1444 Hijrah.

Kelonggaran itu juga bertujuan membolehkan umat Islam menunaikan umrah dengan mudah di negara berkenaan.

Sistem baharu itu juga membenarkan umat Islam yang memperoleh visa pelancong sah untuk tempoh 12 bulan mengerjakan umrah.

Pemohon visa hendaklah dalam kalangan negara yang layak untuk mendapatkan visa elektronik.

Menurut Saudi Gazette, pemegang visa lawatan keluarga dari negara yang berbeza juga boleh menunaikan umrah dengan menempah janji temu melalui aplikasi Eatmarna melalui saudara mereka semasa lawatan ke Arab Saudi dengan memohon melalui National Unified Visa Platform atau Platform Visa Bersepadu Nasional.

Untuk menunaikan umrah, para pelawat beragama Islam dikehendaki antaranya mendapatkan insurans kesihatan komprehensif termasuk perlindungan kos rawatan jangkitan Covid-19; kemalangan sehingga mengakibatkan kematian atau hilang upaya dan perbelanjaan kerana kelewatan atau pembatalan penerbangan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA