HalalXPlorer Logo
Borneo Cultural Museum Sarawak penceritaan sejarah dalam bangunan moden ini 13 tarikan muzium budaya borneo yang patut anda cuba
08 March 2023

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Perkara Unik Yang Ada di Muzium Budaya Borneo

Kongsikan:

Salah satu tarikan di Sarawak yang baru sahaja dibuka pada tahun 2022 lalu adalah Muzium Budaya Borneo.

Untuk pengetahuan anda, muzium ini adalah muzium kedua terbesar di Asia Tenggara dan yang paling besar di Malaysia!

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba
Sumber: Borneo Talks

Apa yang menarik di Muzium Budaya Borneo ini?

Salah seorang pengguna Twitter (folkloreswifty) yang pernah mengunjungi muzium ini berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika di Muzium Budaya Borneo.

Antaranya:

1. Rasa 'Dekat’ Dengan Pengunjung

Walaupun hanya sekadar gambar, tetapi cara mesej disampaikan kepada pengunjung sangat menakjubkan. Bahan pameran dilihat timbul seperti tiga dimensi.

Cuba anda tengok video yang dimuat naik [DI SINI]. Memang nampak 3D dan best!

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

2. Gabungan Seni Lama dan Teknologi Baharu

Kalau zaman dahulu, kita ada wayang kulit. Sekarang, kita ada teknologi animasi. Tapi dengan gabungan kedua-dua wayang kulit serta animasi akan membuatkan anda lebih terpukau. Tak percaya? Cuba lihat [DI SINI].

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

3. Gua Berwarna

Bila sebut gua, mesti ramai yang terfikir tempatnya gelap kan? Tapi di Muzium Budaya Borneo, bila anda sentuh dinding gua ianya akan mengeluarkan warna dan maklumat menarik.

Tengok je pun dah seronok! Belum pergi lagi ni.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

4. Pameran Seolah Realiti

Dengan teknologi canggih, anda boleh merasai seolah-olah sedang mempelajari proses penghasilan padi dan garam di Sarawak dalam realiti.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

5. Pancaran 360 Darjah

Dengan adanya projektor menayangkan kawasan sekitar sungai dan replika bot yang disediakan, memang boleh feeling macam tengah water rafting.

Cuba tengok [DI SINI]. Best!

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

6. Ada Sensor Pergerakan dan Animasi

Tapi percayalah, dengan gabungan sensor pegerakan dan animasi di Muzium Budaya Borneo, anda akan lebih tertarik untuk mempelajari tentang sejarah negeri Sarawak.

Nak tahu bagaimana gabungan ini berfungsi? Jom tengok [DI SINI].

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

7. Manik Orang Ulu

Orang Sarawak juga terkenal dengan hiasan manik. Jadi, antara tarikan di sini adalah dengan animasi di mana manik-manik tersebut akan mengikut langkah anda.

Nampak simple je tapi orang dewasa pun boleh leka rasanya bila main benda ni.

Tak percaya? Cuba tengok [DI SINI].

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

8. Sejarah Kawasan Sarawak

Korang tahu tak? Sebenarnya Sarawak telah berusia 180 tahun dan kawasan takluknya telah berkembang sedikit demi sedikit sehingga hari ini.

Anda boleh tengok sendiri macam mana Sarawak membesar menerusi animasi yang disediakan.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

9. Seolah Burung Sebenar !

Selalunya kalau di muzium biasa, kita cuma dapat lihat replika haiwan sahaja. Tetapi di sini, burung tersebut akan membuat bunyi kicauan apabila anda mendekati mereka.

Rasa macam real betul!

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

10. Pameran Topeng Etnik Borneo

Sarawak terkenal dengan banyak etnik mereka dan setiapnya mempunyai topeng yang berbeza-beza.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

11. Dokumen Bersejarah Pembentukan Malaysia

Suatu ketika dahulu, pembentukan Malaysia adalah gabungan daripada Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah, Sarawak dan Singapura.

Di Muzium Budaya Borneo ini, anda boleh tengok sendiri dokumen bersejarah yang dahulunya pernah dibaca oleh Stephen Kalong Ningkan ketika kemerdekaan di Sarawak.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

12. Gunakan tablet untuk tahu setiap label

Kebiasaannya, muzium akan menggunakan papan tanda biasa untuk memberikan maklumat kepada pengunjung.

Tetapi di sini, anda berpeluang merasai pengalaman yang berbeza dengan adanya tablet canggih untuk memberi pengetahun melalui “touch screen”.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

13. Hidu Bau Hasil Hutan Zaman Dahulu

Masyarakat dahulu melakukan aktiviti bertukar barang yang dikenali sebagai sistem barter.

Salah satu barangan yang diperdagangkan adalah dengan menggunakan hasil hutan di Sarawak bagi mendapatkan manik dari negara lain.

Di muzium ini, anda berpeluang untuk bau sendiri hasil hutan yang suatu ketika dahulu pernah dihasilkan sendiri oleh orang tempatan.

Penceritaan Sejarah Dalam Bangunan Moden ! Ini 13 Tarikan Muzium Budaya Borneo Yang Patut Anda Cuba

Boleh tempah tiket online je!

Muzium ini memang lain daripada yang lain!

Kalau korang berminat untuk melawat muzium ini, boleh tempah tiket di pautan https://museum.sarawak.gov.my/ selewat-lewatnya jam empat petang sehari sebelum tarikh yang dipilih.

Kalau nak walk-in pun boleh, tapi tempat adalah terhad.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA