HalalXPlorer Logo
tempat penginapan mesra keluarga berhampiran sekinchan
26 February 2023

Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan !

Kongsikan:

Tahukah anda bahawa Sekinchan yang terletak kira-kira hanya 90 minit perjalanan dari ibu kota ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Sebagai destinasi yang kian mendapat tempat di kalangan pelancong, tak hairanlah jika semakin hari semakin banyak tempat penginapan ditawarkan untuk keselesaan pengunjung yang bertandang. Di sini disenaraikan penginapan menarik yang boleh anda jadikan sebagai port percutian bersama anak-anak di Sekinchan.


1. Padi Box

Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family


Padi Box Homestay, Sekinchan (foto:airbnb)

Homestay kontena menarik berwarna-warni ini menawarkan penginapan unik di tengah bendang untuk short getaway. Walaupun kawasannya tidak besar, Padi Box menyediakan banyak spot untuk tetamu bersantai sambil menikmati pemandangan sawah padi yang indah.

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family


Padi Box Homestay, Sekinchan (foto:airbnb)

Padi Box juga menawarkan sewaan basikal untuk anda menunggang mengelilingi kawasan sawah padi di sini. Bukan itu sahaja, para tetamu juga boleh memilih untuk meluangkan masa bermain games yang disediakan di common room, bersantai di cafe ataupun mengatur sesi bbq bersama keluarga dan anak-anak.

2. Farmville Homestay & Cafe

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family


Farmville Homestay & Cafe, Sekinchan (foto:farmvillehomestay.com.my)

Terletak berhadapan sawah padi yang menjadi tarikan utama di sini, homestay unik ini menawarkan pilihan bilik penginapan sesuai untuk percutian bersama anak-anak pada harga berpatutan.

Bilik-bilik di sini dilengkapi penghawa dingin, kipas dan tandas untuk keselesaan para tetamu. Bagaimanapun, tiada televisyen disediakan di dalam bilik.

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family


Farmville Homestay & Cafe, Sekinchan (foto:farmvillehomestay.com.my)

Di sini, anak-anak (malah ibu bapa) pasti teruja bermain trampolin yang disediakan di bahagian rooftop. Selain itu, anak-anak juga boleh mencuba bakat bermain golf di sudut mini golf atau bergembira di swimming pool kecil lengkap dengan gelongsor ringkas.

Farmville Homestay & Cafe turut menyediakan basikal dan buggy yang mana anda boleh gunakan untuk bersiar-siar mengelilingi kawasan sawah padi yang terbentang luas. Walaupun sewaan basikal dan buggy dibuka kepada mereka yang tidak menginap di sini, sudah tentu sebagai tetamu, anda diberi harga istimewa. Setelah penat bersiar-siar mengelilingi sawah, anda boleh melepaskan penat bersama anak-anak dengan menghirup minuman di cafe sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan.

Farmville Homestay dan Cafe tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika berminat untuk ke sini, sila hubungi talian 017-206 8666 atau klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay kontena menarik ini.

3. Sekinchan Cruise Hostel

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family


Farmville Homestay & Cafe, Sekinchan (foto:farmvillehomestay.com.my)

Mencari kelainan dalam penginapan semasa percutian? Homestay unik Sekinchan Cruise Hostel membawa suasana outdoor ke dalam penginapan anda untuk percutian yang lain daripada lain. Walaupun pada hakikatnya homestay menarik ini berada dalam sebuah unit kondominium, dekorasi kreatif pengusaha homestay ini membuatkan tetamu berasa seolah-olah berada di kawasan luar dengan khemah, buaian, malah bot.

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family


Farmville Homestay & Cafe, Sekinchan (foto:farmvillehomestay.com.my)

Keseluruhan unit kondominium ini  tiga bilik tidur dan dua bilik air dan sesuai untuk penginapan sehingga sepuluh orang tetamu. Selain itu, tetamu juga dapat menikmati kemudahan seperti kawasan letak kenderaan, penghawa dingin, gym dan kolam renang.

Untuk merasai pengalaman outdoor dalam kemudahan dan keselesaan indoor di Sekinchan Cruise Hostel, anda boleh melakukan tempahan secara online di airbnb

4. A+ Boutique Hotel

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family
A+ Boutique Hotel, Sekinchan (foto:airbnb)

Terletak di pekan Sekinchan, A+ Boutique Hotel menawarkan penginapan unik untuk percutian anda sekeluarga di Sekinchan. Tak keterlaluan jika dikatakan tarikan utama hotel menarik ini adalah di bahagian rooftop garden yang menampilkan 3D mural art sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Sementara anda bersantai dan bergambar di rooftop garden, anak-anak boleh meluangkan masa bermain di playground ringkas yang disediakan.

Walaupun bilik-bilik di sini agak kecil, ia dilengkapi katil yang selesa, penghawa dingin dan attached bathroom untuk kemudahan tetamu. Kawasan parking rata-rata tidak menjadi masalah, dan para tetamu juga tidak perlu bimbang jika berkunjung bersama anak-anak kecil atau warga emas memandangkan kemudahan lift turut disediakan.

Hotel menarik di Sekinchan Hotel menarik di Sekinchan Tempat Penginapan Mesra Keluarga Berhampiran Sekinchan ! Padi Box Unique Homestay Hotel Accommodation in Sekinchan For weekend Getaway with Family
A+ Boutique Hotel, Sekinchan (foto:airbnb)

A+ Boutique Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan Expedia. Pastikan anda merancang masa percutian anda di Sekinchan dan jangan lupa menyemak harga hotel menarik ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda nanti.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA