Hai, selalu mesti ramai dari kita tak nak bercuti jauh-jauh pada hujung minggu sebab takut kesuntukan masa dan tak banyak tempat boleh pergi sebab lama atas jalan kan.
Haaa, harini kami nak share itinerari bercuti di Johor Bahru yang sesuai untuk hujung minggu sebab 2 hari 1 malam, tapi banyak tempat dan aktiviti boleh buat macam pergi 3 hari. Turutan tempat yang dikunjungi kami dah susun mengikut lokasi, sebab JB ni besar, kalau tak susun betul-betul nanti akan ke hulu ke hilir, buang minyak dan buang masa.
Plan ni memang sesuai untuk mereka yang dari Kuala Lumpur sebab kami sendiri pun dari KL. Cuma, kena berkorban sikit bangun awal pagi.
Kami ada ambil gambar sikit-sikit cuma tak clear dan tak sharp, sebab equipment kami masih belum sempurna. Jadi ada gambar kami ambil dari sumber lain (Kredit diberikan). Maaf ya.
HARI PERTAMA
4 Pagi - Let's start our day ! Bertolak dari Kuala Lumpur. Part ni sebenarnya bergantung kepada masing-masing. Kalau lokasi jauh dari JB, keluar lah awal lagi. Kalau dekat dengan JB keluar lambat sikit pun takpa. Yang penting, estimate pukul 7-8 dah boleh sampai ke JB.
Kenapa nak pukul 7-8 dah sampai? supaya kita boleh maximize our day dekat macam-macam tempat best. Tak ada lah waktu siang, tempat menarik dah buka pun kita bazir masa atas jalan lagi kan.
Kalau takut mengantuk boleh memandu bergilir-gilir ya.
On the way, boleh solat Subuh di mana-mana R&R atau kalau nak feel solat di masjid cantik, boleh singgah di Masjid Haji Muhammad Yassin. Masjid ni baru, cantik. Tepi highway jer, dekat Bandar Universiti Pagoh.
Masjid ni dinamakan bersempena tokoh ulama', Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad yang juga merupakan bapa kepada Tan Sri Muhyiddin.
Lepas itu kita straight ke Iskandar Puteri/Nusajaya/Gelang Patah melalui Lebuhraya Linkedua tanpa melalui Pusat Bandar JB. Kalau dari JB dulu nak ke Iskandar Puteri nanti bazir lebih 20KM+.
8 Pagi - Sarapan dulu dekat WR Kopitiam di Gelang Patah. Ada menu lokal, ada western. Tapi kalau datang sini memang kena try breakfast lokal.
Ada lontong, lontong kering, roti titab, mee rebus, mee bandung, mee kari, nasi lemak pelbagai lauk. Harga berpatutan, rasa sedap, tempat bersih dan sistematik. Walaupun kat rumah, tapi lepas order dapat 'buzzer' macam 4fingers.
9 Pagi - Pagi macamni tak banyak tempat buka. So, better jalan-jalan tengok pemandangan dulu. Boleh pergi ke Forest City.
Tengok sebuah bandar baru yang dibangunkan oleh pemaju luar, tapi sekarang errr- macam bandar hantu disebabkan ada peraturan baru dari kerajaan China berkenaan pemilikan aset luar negara. Okay tu cerita lain.
Masuk ke sales gallery, ada model skala keseluruhan projek ni. Lepastu boleh jalan-jalan ambil angin di pantai Forest City. Pantai ini menghadap kawasan Tuas di Singapura. Pantainya cantik, bersih ya ! Plus, ada macam-macam 'art installation'.
Kalau nak buat aktiviti, kanak-kanak boleh mandi mini waterpark, tunggu pukul 10 pagi. Ada bayaran dikenakan.
Dewasa pula boleh main jetski, banana boat, ATV. Pagi lagi best juga, tak panas sangat.
?? ???? - Masuk ke Legoland. Tiket masuk dewasa RM189, Kanak-kanak 149. Bawah 3 tahun percuma. Tak termasuk Water Park dan Sea life. Yang tu kena tambah wang lagi ya.
Masuk legoland ni kami cadangkan untuk beli tiket atas talian supaya tak bazir masa beratur di kaunter. Boleh terus masuk jer, lepastu pergi ke guest service untuk upgrade tiket jadi 'Annual Passport'.
Please ye buat annual passport ni sebab harganya sama jer. So, rugi lah kalau tak buat. Instead boleh masuk 1 hari jer, boleh masuk setahun terus !
Benefit lain buat passport ni, nanti tengahari boleh keluar kejap untuk pergi makan. Kat luar legoland ada Mall of Medini. Boleh makan burger king, KFC dan lain-lain. Lepas makan boleh masuk balik.
Kalau nak makan dalam Legoland pun boleh tapi harga melayang sikit lah ya.
Ramai juga tak tahan panas, larat masuk Legoland setengah hari je, nanti lain kali pula sambung. So memang bermanfaat betul passport ni.
Main dalam Legoland ni okay je, barisan untuk semua rides tak panjang dan jangan lupa semak jadual setiap 'show'.
Kami keluar pukul 4 petang, sebab ini dah kali ke-3 di Legoland.
4 Petang - Pergi ke Sunway Big Box, dalam 5KM je dari Legoland. Kat sini ada kedai buku BookXcess yang 'viral' sebab instaworthy. Hah, boleh lah OOTD kat sini !
Sunway Big Box ni besar tau, dan tak berhubung sepenuhnya. Jadi, di mana anda letak kereta tu main peranan supaya tak berjalan jauh. Pastikan anda 'parking' berdekatan pintu pasaraya NSK ya.
+ Kalau yang jenis suka aktiviti lasak boleh ke X Park Sunway Iskandar berdekatan sini.
Ada aktiviti motorcross, mountain biking, go-kart, ATV, buggy car, rock climbing, archery, paintball, glamping dan lain-lain. Ini kami tak pergi sebab kami ada anak kecil.
+Suka lasak tapi tak tahan panas ? Boleh pergi ke EnerG XPark, pusat sukan lasak 'indoor' di dalam Sunway Bix Box Retail Park ini.
5 Petang - Strolling petang-petang sambil tengok 'yacht' ataupun bot mewah di Puteri Harbour.
Dekat Puteri Harbour ada Hard Rock Cafe. Kalau yang jenis berminat nak beli merchandise HRC, memang kena singgah.
+ Boleh jalan-jalan naik kereta tengok 'Kota Iskandar', pusat pentadbiran kerajaan Johor sekarang. Kira ala-ala Putrajaya versi Johor.
Kalau nak solat boleh solat di Masjid Kota Iskandar atau sebuah lagi masjid seni bina kontemporari super cantik, Masjid Daeng Abdul Rahman. Kira-kira 10 minit dari Kota Iskandar.
+ Kalau jenis suka OOTD, boleh singgah kejap di Eco Galleria. Mall berkonsepkan 'High Street' di England. Tak ada 'tenants' sangat tapi cantik !
6 Petang - Tak sah kalau ke Johor tapi tak melawat 'home of the Southern Tigers'. Memang kena melawat Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Dekat je.
Kalau pergi awal ada Hummer Tour, boleh naik limousine Hummer yang dah diubahsuai, mengelilingi stadium sebanyak 2 kali. Hummer Tour ni sampai jam 5 petang saja.
Tak lama lagi, JDT nak buat 'stadium tour' ala-ala stadium di Eropah. Lagilah kena pergi sini.
Lepastu, boleh makan petang dekat rangkaian makanan segera Woodfire Burgers dekat dalam stadium. Burger premium tapi lebih sedap daripada Fuel Shack dan Shake n' Shack. Restoran ni sebenarnya ada di tempat lain juga, di Lembah Klang pun ada.
Harga bermula RM13+ ke RM30+. Mahal? Tidak. Murah? Tidak. Berbaloi? Ya.
Nak makan benda lain pun boleh. Tak lama lagi Subway dan KFC pula nak buka di SSI.
7 PM - Check-in di Johor Bahru. Ada macam-macam hotel di JB, kami pilih Doubletree by Hilton sebab nak kumpul points . Family ramai kami recommend Suasana All Suite Hotel.
Kalau nak ke JB dari Iskandar Puteri, boleh pilih jalan lalu Danga Bay. Nanti akan lalu Laman Mahkota Istana Bukit Serene, boleh bergambar kat situ.
Boleh juga singgah Danga Bay Fun Park (ada funfair dan kedai makan menghadap laut) atau Country Garden Danga Bay (ada pantai seperti di Forest City) dan mungkin Maghrib di Masjid Sultan Abu Bakar (Masjid Negeri).
Masjid tersebut telah dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
9 PM - Jalan-jalan di B5 Johor Street Market di Pusat Bandar Tampoi, lepastu pergi ke Bazar Karat di tengah JB.
Dua-dua tempat ni ada port makan. Ada medan selera dan food truck di B5 Johor Street Market, ada Food Court Kontena di Bazar Karat.
Sambil beli barang dan makan, boleh juga bergambar kat Sungai Segget yang dah lalui proses revitalisasi. Ala-ala River of Life di KL.
HARI KEDUA
Hari ke-2 ni kita akan pergi jalan-jalan ke arah Utara JB sebab ni arah perjalanan pulang. On the way balik, kita singgah lah tempat menarik di sepanjang perjalanan.
+ Seawal 9:30 Pagi, kalau anda minat tengok pemandangan, boleh ke Skyscape JB. Sini ada jambatan dengan lantai kaca/lutsinar di tingkat 34. Boleh tengok view JB dan sebahagian Singapura. Kami tak naik sebab hotel kami pun dah tinggi hehe.
8 Pagi - Sarapan pagi di Pondok Santapan Larkin. Ada macam-macam sarapan orang tempatan. Kena try lontong kering, roti arab, laksa Johor.
9 Pagi- Singgah ke Eco Palladium dan juga Springs Lab di Eco Springs. Boleh OOTD dekat sini, cantik. Kalau anak-anak minat kapal korek pun boleh main kat sini.
On the way ke sini tadi boleh lalu Tebrau, akan lalu salah satu kawasan komersial paling meriah di JB. Ada Aeon, IKEA, Tesco, Toppen Shopping Centre.
10 Pagi - Kaki shopping wajib singgah ke Johor Premium Outlet (JPO). Ada duit beli, takde duit tengok.
Dari Eco Springs ke JPO, akan lalu Bandar Dato' Onn. Boleh singgah masjid Masjid Sultan Iskandar, Bandar Datoβ Onn yang menjadi masjid pertama di Malaysia diisytihar sebagai masjid pelancongan.
2 Petang- Dalam perjalanan pulang, singgah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari di Yong Peng. Pergi waktu macamni okay sebab dah kurang orangnya berbanding peak hour tengahari.
Tapi jangan lambat sangat pula, pukul 3:30 dah tutup. Jadi kena rancang betul-betul. Perjalanan nak ke sini, dari JPO lebih kurang 1 jam dan 1 jam 30 Minit dari bandar JB.
Memang betul-betul sedap kari kambing disini. Ada dulang boleh makan 5 orang, percuma 1 jag air sirap. Kalau nak order set pinggan untuk seorang makan pun boleh juga.
6 Petang - Kalau semua clear, dalam pukul 6 petang dah boleh sampai ke KL semula. Dah boleh rehat, dan siap-siap untuk kerja esok.
Dah tak ada alasan tak boleh bercuti jauh pada hujung minggu !