Roti canai sememangnya menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia, tidak kira waktu pagi, tengah hari, mahupun malam. Populariti makanan jalanan ini juga diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menduduki tempat pertama dalam senarai World’s 50 Best Street Foods oleh TasteAtlas pada tahun ini. Jika anda peminat tegar roti canai, berikut adalah senarai tempat yang wajib anda cuba!
1. Roti Canai Halim
Menawarkan roti canai gaya Melayu yang nipis, rangup, dan gebu, tempat ini menjadi pilihan ramai. Kuah kari di sini lebih cair berbanding versi mamak, sesuai untuk dicicah bersama roti. Jangan lupa mencuba Roti Boom yang juga sangat digemari!
Alamat: 31, Jalan PJS 10/32, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
2. Warung Dimyati Roti Canai
Warung ini terkenal dengan roti canai pelangi yang berwarna-warni dan setiap warna mewakili rasa berbeza seperti durian, epal hijau, dan strawberi. Rasa roti di sini pasti memberikan pengalaman unik!
Alamat: Kampung Sungai Yu, 45500 Tanjung Karang, Selangor
3. Mansion Tea Stall
Terletak di Masjid India, gerai ini terkenal dengan Roti Special yang dihidangkan bersama telur separuh masak, kari, dhal, dan sambal. Gabungan ini mencipta rasa yang istimewa. Jangan lupa pesan Teh Ding Dong untuk melengkapkan hidangan anda!
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur
4. Warung Pak Hassan
Dikenali penduduk Kampung Baru, warung ini menawarkan Roti Canai yang lembut dan rangup serta Kari Kaki Ayam yang memikat selera. Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti Nasi Lemak dan Nasi Kukus.
Alamat: 45a, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
5. Roti Canai Pak Ali
Kedai ini terkenal dengan Roti Canai Tsunami yang diinspirasi daripada Roti Special di Mansion Tea Stall. Roti ini disiram dengan kuah kari, dhal, dan sambal, mencipta rasa yang sukar dilupakan!
Alamat: Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
6. Restaurant I.V.
Di Klang, restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis roti seperti roti pisang dan roti telur bawang. Jangan lupa mencuba kuah kari pekat mereka yang enak dinikmati bersama roti canai!
Alamat: 10, 117, Jalan Pandamaran Jaya 62, Kawasan 10, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
7. Restaurant Choice
Restoran ini terkenal dengan Roti Canai Benang yang kelihatan seperti helaian benang halus. Setiap gigitan memberikan tekstur rangup yang luar biasa.
Alamat: 1, Jalan E 1, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
8. Restoran Hatinie
Sejak tahun 1982, restoran ini dikenali dengan Roti Sarang Burung, roti yang menyerupai sarang burung dengan telur mata di tengahnya. Hidangan ini pasti mengenyangkan!
Alamat: 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
9. Lan Roti Canai
Beroperasi sejak 1980, kedai ini menyajikan resepi roti yang diwarisi turun-temurun. Selain Roti Canai biasa, mereka juga menawarkan Roti Boom, Roti Sardin, dan banyak lagi.
Alamat: 20, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
10. Roti Canai Anak Mamu
Di sini, anda boleh mencuba Roti Canai Burrito, di mana roti diisi dengan ayam atau daging perasa, kemudian digulung dan dihidangkan dengan kuah dhal dan sambal. Tambahkan keju untuk rasa lebih enak!
Alamat: Jalan Nusaputra, Bandar Nusa Putra, 47130 Puchong, Selangor
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kelainan rasa roti canai di lokasi-lokasi ini! Mana satu yang menjadi kegemaran anda?