HalalXPlorer Logo
roadtrip around malaysia
25 September 2024

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !

Kongsikan:

Perjalanan jalan raya atau 'roadtrip' adalah salah satu cara yang best untuk rakyat Malaysia menjelajah negara tercinta. Berbeza dengan menaiki penerbangan atau bas. 'Road trip' secara sendirian benar-benar memberi peluang untuk kita meneroka dan menikmati perjalanan kita.

Bila terhidu sesuautu yang enak, kita boleh berhenti. Bila ternampak gerai jualan di pinggir jalan, kita boleh berhenti dan membeli, perjalanan ini juga boleh ditemani dengan lagu-lagu kegemaran dimainkan di radio kenderaan. Selain itu, meneroka tempat-tempat indah di negara kita pastinya lebih mesra poket berbanding terbang separuh dunia.

Oleh itu, kami telah menyusun lima perjalanan jalan raya di Malaysia yang unik dan sempurna untuk percutian hujung minggu.

1. Kuala Sepetang, Perak
Kuala Sepetang adalah sebuah bandar kecil di tepi laut, terletak berdekatan dengan Taiping di Perak, kira-kira sejam pemanduan dari Ipoh. Dahulunya dikenali sebagai Port Weld, ia adalah perkampungan nelayan yang mempesona di mana tradisi lama dan perniagaan keluarga masih berkembang.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !

Salah satu tempat menarik yang mesti dilawati adalah Kilang Arang Khay Hor, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an dan kini diuruskan oleh generasi ketiga pemiliknya, K.Y. Chuah. Lawatan ke kilang ini akan membuka mata anda tentang betapa sukarnya proses pembuatan arang.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !

Tidak jauh dari kilang tersebut, anda akan menemui Hutan Simpan Paya Bakau Matang - kawasan hutan bakau terbesar di Malaysia, yang meliputi 40,000 hektar. Penggemar alam semula jadi pasti akan menikmati keindahan hutan bakau ini. Port Weld juga terkenal kerana menjadi stesen kereta api pertama di Malaysia. Walaupun landasan kereta api telah dibuang, papan tanda dan kaunter tiket stesen lama masih terpelihara hingga ke hari ini.

2. Bukit Seraya, Pulau Pinang
Pulau Pinang terkenal dengan makanan jalanan yang lazat serta destinasi pelancongan yang menarik. Namun, selain dari bandar Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Pulau Pinang juga adalah syurga alam semula jadi, terutama sekali jika anda minat untuk mendaki.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !

Bukit Seraya di Bukit Mertajam, walaupun kurang dikenali, menawarkan laluan mendaki yang dikelilingi flora dan fauna yang indah serta air terjun yang menakjubkan.

3. Bentong
Hanya sejam dari Kuala Lumpur, Bentong adalah tempat yang tenang dan sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !
Kredit Gambar : theasiapress.com

Tempat ini penuh dengan permata tersembunyi, termasuk kedai kopi terkenal, pasar pagi, dan air terjun Chamang yang indah. Jika anda peminat durian, jangan lepaskan peluang untuk mencuba durian Musang King yang terkenal di kawasan ini, terutama ketika musim durian dari Julai hingga Ogos.

4. Kuala Selangor
Terkenal dengan koloni kelip-kelip terbesar di dunia, Kuala Selangor juga kaya dengan sejarah dan alam semula jadi. Bukit Melawati adalah destinasi popular untuk pemandangan panorama dan matahari terbenam yang menakjubkan.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !

Sky Mirror, yang muncul beberapa hari dalam sebulan, menawarkan peluang fotografi yang luar biasa dengan pantulan langit yang unik.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !

Selain itu, jangan lupa singgah ke Masjid Raja Lumu yang telah dibina semula, menghidupkan kawasan pekan Kuala Selangor dan juga seni jalanan di belakang lot kedai kawasan pekan.

5. Klang
Sebagai bandar bersejarah, Klang adalah destinasi yang sering terlepas pandang. Klang juga mempunyai warisan budaya yang kaya. Anda boleh menikmati jalan-jalan di kawasan Little India dan mencuba makanan tradisional serta manisan India di sepanjang jalan yang berwarna-warni.

5 'Road Trip' Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menikmati Malaysia !
Kredit Gambar : National Geographics

Perjalanan jalan raya ini bukan sahaja memberi kita pengembaraan yang menyeronokkan, tetapi juga membantu menyokong ekonomi tempatan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA