Pemandangan Gunung Ganang yang Memukau
Skardu dan Gilgit adalah pintu masuk ke pergunungan tertinggi di dunia, termasuk K2 dan Nanga Parbat. Anda akan dapat menikmati pemandangan gunung ganang yang memukau, lembah hijau, dan tasik yang jernih. Semua ini menawarkan pengalaman luar biasa yang sukar dicari di tempat lain.
Makanan Halal yang Sedap dan Sesuai dengan Tekak Melayu
Di Pakistan, anda tak perlu risau pasal makanan halal, memang ada di mana-mana! Dari Islamabad ke Skardu, makanan tradisional seperti biryani, kebab, dan naan yang kaya dengan rasa rempah yang pasti kena dengan selera.
Penduduk Mesra Pelancong
Orang Pakistan sangat ramah dan sentiasa sedia membantu. Di Skardu dan Gilgit, anda akan rasa dialu-alukan seperti keluarga sendiri, menjadikan perjalanan korang lebih menyeronokkan dan mudah.
Kurang Sesak dan Lebih Tenang
Tak seperti destinasi pelancongan lain yang sesak, Skardu dan Gilgit masih belum dibanjiri pelancong. Anda boleh menikmati pemandangan indah dengan lebih tenang tanpa ramai orang, membuatkan pengalaman lebih eksklusif.
Souvenir Murah dan Unik
Di pasar-pasar tempatan, anda boleh dapat pelbagai cenderamata seperti shawl, karpet buatan tangan, dan kraftangan yang cantik dengan harga yang sangat berpatutan. Ini peluang terbaik untuk membeli barangan unik dengan nilai yang lebih.