HalalXPlorer Logo
tun m buka kapsul masa 13 april ini
12 April 2025

Tun M Bakal Buka Kapsul Masa Berusia 28 Tahun di Menara KL

Kongsikan:

Selepas hampir 30 tahun tersimpan, kapsul masa yang ditanam di Menara Kuala Lumpur pada tahun 1996 akhirnya bakal dibuka secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 April ini. Majlis bertemakan ‘Raikan Raya Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad’ ini bukan sekadar acara Aidilfitri biasa — ia juga jadi momen penting dalam sejarah negara.

Majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) sebagai penghargaan kepada Dr. Mahathir yang merupakan individu yang mencetuskan idea pembinaan menara ikonik ini. Kapsul masa tersebut ditanam pada 1 Oktober 1996 bersempena perasmian Menara KL dan sebenarnya dirancang untuk dibuka pada tahun 2020. Tapi disebabkan beberapa faktor termasuk pandemik COVID-19, ia terpaksa ditangguhkan.

image

Yang menariknya, kunci kapsul masa tu dah disimpan rapi selama 28 tahun oleh Ketua Pegawai Operasi MKLSB, Encik Affandi Abdullah. Simbolik betul.

Baru-baru ini, pada 4 April, pihak pengurusan MKLSB serahkan semula kunci itu kepada Tun M, dan beliau sendiri bersetuju untuk hadir dan buka kapsul tu sempena majlis raya nanti.

Orang ramai pun tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang disimpan dalam kapsul masa tu. Di media sosial, ada yang kata masa berlalu terlalu cepat sebab masa kapsul tu ditanam, mereka masih sekolah rendah. Ramai yang curious nak tahu apa mesej dan dokumen yang ada dalam kapsul tu — mungkin berkaitan Wawasan 2020, mungkin juga harapan masa depan negara ketika tu.

Acara ni bukan sahaja untuk warga kerja MKLSB tapi juga terbuka kepada orang awam. MKLSB jemput semua rakyat Malaysia datang dan saksikan sendiri pembukaan kapsul masa ni secara langsung — bukan selalu dapat peluang macam ni.

Selain throwback ke zaman Wawasan 2020, majlis ni juga jadi ruang untuk generasi sekarang connect balik dengan sejarah negara. Ia bukan sekadar buka kotak lama, tapi simbol harapan, peringatan dan refleksi perjalanan negara yang dah dilalui — dan yang bakal kita tempuhi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA