Warisan PAK DIN
Menyajikan Roti Canai Dan Kari Daging Cincang dan kari kambing yang Terbaik di Jerantut. Ada juga nasi Ayam, roti canai , Nasi Kerabu, sup gearbox dan lain lain.
Lokasi : no7 kompleks niaga fasa1, Jalan Bidai, 27000 Jerantut
Sate Temeen
Sate terbaik di Jerantut Pahang. Menurut kata orang, sate disini setanding dengan sate baung di Kelantan dan di Kajang Selangor.
Lokasi : Lot 15494 L, Jalan Kuantan, 27000 Jerantut
Murtabak Jerantut ferry
Jerantut ada banyak jenama Murtabak yang sedap sedap sehingga ada yang menggelar Bandar Jerantut sebagai Bandar Murtabak, salah satunya yang paling terkenal dikalangan orang luar adalah Murtabak Ferry.Boleh lah datang singgah jika dalam perjalanan ke kampung pulau tawar dari bandar Jerantut.
Lokasi : No. 19, Taman Feri Indah, Jln Kg Pulau Mansok - Jerantut Feri, 27150 Jerantut
( Selain itu, jika berkelapangan boleh cuba Murtabak yang top di Jerantut seperti Murtabak Manja, Murtabak Saufi Batu Balai, Murtabak Syed Aziz, Murtabak Fauzi dan lain lain).
Anak dol pizza
Daripada hanya kedai ditepi jalan, kini Pizza Anak Doll mampu memiliki kedai sendiri dan beberapa cawangan di sekitar Pahang. Roti Pizzanya lembut dan ada juga perisa melayu asli macam pizza sambal hitam.Selain pizza, ada nasi goreng, chicken chop, lamb chop,pasta, shellout dan lain lain.
Lokasi : No 1& 3 Taman Temin Utama, Jerantut
Z & Z Mak Anjang
Menyediakan pelbagai masakan kampung seperti patin masak tempoyak dan juga gulai asam rom kepala ikan kenerak yang menggunakan biji getah.
Lokasi : No 4, Kompleks Niaga Fasa 1, Jalan Bidai, Bandar Baru Jerantut, Jerantut, Pahang
Syed Roti Canai,Jerantut
Tak lengkap kalau tak senaraikan salah satu kedai roti canai paling ikonik di bandar Jerantut ini. Roti canai Syed Aziz ini adalah salah satu roti canai terbaik turun temurun di negeri Pahang tapi awas !!! kena datang awal pagi, kalau tak terpaksa menunggu lama.
Lokasi : Bandar lama Jerantut.
Sulong Burger Stesen Bas Baru Jerantut
Gerai burger pun masuk dalam list. Tapi burger bukan sebarang burger. Walau burger simple je pun, tapi yang membezakan dari orang lain ialah burger ni dibuka waktu pagi di stesyen bas baru Jerantut dan telah beroperasi berpuluh puluh tahun. Rasa daging burgernya rangup.
Lokasi: Stesen Bas baru.
Kedai Imai
Jika di Kuala Lipis ada pulut rendang hitam Anak Pak Jamil , di Jerantut ada restoran Imai yang terkenal dengan pulut dan rendang hitamnya, resepi warisan turun temurun.
Lokasi : Bandar lama Jerantut.