HalalXPlorer Logo
itinerari ke perlis
03 October 2024

Cadangan Itinerari 3 Hari 2 Malam di Perlis

Kongsikan:

Perlis, negeri kecil di utara Malaysia, menawarkan pelbagai tarikan menarik yang boleh dilawati dalam masa 3 hari dan 2 malam. Jika anda merancang untuk menikmati suasana kampung yang tenang, makanan tradisional yang lazat, dan keindahan alam semula jadi, berikut adalah cadangan itinerari percutian anda:

Hari Pertama: Menjelajah Bandar dan Budaya Perlis

  • Sarapan di Arau – Mulakan hari dengan bersarapan di Arau Kopi atau Al-Sagoff Corner. Rasa keenakan hidangan tradisional tempatan sambil menikmati pemandangan kampung.
  • Singgah di Nat Pokok Getah, Pauh – Jika anda berada di Perlis pada hari Jumaat atau Ahad, singgahlah ke pasar pagi ini yang terkenal dengan pelbagai barangan tempatan.
Nat Pokok Getah
Kredit : NST Online
  • Makan Tengahari di Nasi Kandar Yasmeen, Arau – Nikmati hidangan nasi kandar yang terkenal sebelum meneruskan perjalanan.
  • Lawatan ke Rumah Warisan Bandar Diraja Arau – Terletak berhampiran dengan KTM Arau, rumah warisan ini memberikan gambaran menarik tentang seni bina tradisional Perlis.
Rumah Warisan Bandar Diraja Arau
Kredit : Perlis Aktif
  • ArauBerry Flea Market, Pekan Lama Arau – Singgah di pasar lambak ini yang menjual pelbagai cenderamata dan barangan tempatan.
  • Melihat Batik Inderawasih & Peralatan Tradisional – Lawati kampung Ngulang untuk melihat seni batik tradisional dan alat-alat tradisi yang masih dikekalkan.
  • Bersantai di Kampung Warna-Warni, Seberang Ramai – Terokai kampung ini yang dipenuhi dengan rumah-rumah yang dihiasi warna-warni, menjadikannya tempat menarik untuk bergambar.
Kampung Warna Warni Seberang Ramai Perlis
  • Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung), Kuala Perlis – Kunjungi masjid terapung ini yang menawarkan pemandangan indah matahari terbenam di tepi laut.
  • Makan Malam di Restoran Rohani, Kuala Perlis – Tamatkan hari pertama dengan menikmati hidangan tradisional tempatan di restoran popular ini.

Hari Kedua: Aktiviti Luar dan Keindahan Alam

  • Sarapan di Warung Chaq – Mulakan hari dengan sarapan tradisional di warung terkenal ini.
  • Bertolak ke Taman Agrovet – Lawatan ke ladang agrovet ini memberikan peluang untuk melihat tanaman serta ternakan secara dekat.
  • Superfruits Valley – Teroka kawasan pertanian buah-buahan eksotik, sangat sesuai untuk pencinta alam dan fotografi.
  • Padang Waremart / Arked Niaga Padang Besar – Shopping di Padang Besar terkenal dengan barangan murah dan berkualiti seperti pakaian, makanan, dan barangan rumah.
  • Pavilion Padang Besar – Jika ingin menikmati makanan ringan, singgah di sini untuk membeli kudapan tempatan.
Pavilion padang besar
Kredit Gambar : Utusan
  • Makan tengah hari di Sha's Daging Bakar Danok – Nikmati hidangan daging bakar istimewa yang popular dalam kalangan pengunjung.
  • Bukit Chabang Mari – Tempat ini menarik untuk mereka yang gemar aktiviti mendaki dan menikmati pemandangan dari puncak.
  • Terinai Lake View – Habiskan petang di kawasan tasik ini, tempat sesuai untuk bersantai.
terinai lake view
  • Makan malam di Restoran Sarang Burung / Che Ain Nasi Dalca – Nikmati hidangan malam yang enak di salah satu restoran popular ini.

Hari Ketiga: Pengembaraan di Taman Negeri dan Bukit

  • Sarapan di Warung Balun – Nikmati sarapan tradisional sebelum memulakan hari yang penuh pengembaraan.
  • Bertolak ke Taman Negeri Perlis – Tempat yang sesuai untuk penggemar alam semula jadi, di mana anda boleh melihat flora dan fauna yang unik di negeri ini.
  • View Point Wang Kelian – Nikmati pemandangan yang indah dari titik tertinggi ini yang membolehkan anda melihat Malaysia dan Thailand serentak.
wang kelian viewpoint
  • Sanctuari Ikan Air Tawar – Lawatan ke tempat ini membolehkan anda melihat pelbagai spesies ikan air tawar yang unik.
  • Makan Tengahari di Restoran Tok Mek – Restoran ini terkenal dengan masakan kampung yang pasti memuaskan selera anda.
  • Canopy Walk @ Kebun Jati – Nikmati pengalaman berjalan di atas canopy yang memberikan pemandangan hutan yang menakjubkan.
  • Empangan Timah Tasoh – Tempat ini menawarkan keindahan alam yang memukau, sangat sesuai untuk berkelah dan menikmati ketenangan.
  • Makan Malam di Nasi Kandar Hameed – Tamatkan perjalanan dengan hidangan nasi kandar yang pasti memuaskan.

Itinerari ini memberikan keseimbangan antara aktiviti santai, pembelajaran budaya, dan pengembaraan luar yang sesuai untuk semua jenis pelancong. Perlis mungkin kecil tetapi penuh dengan pengalaman yang unik!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA