Bagi anda yang tercari-cari homestay untuk beristirehat tetapi tidak boleh bercuti lama, anda boleh bermalam di Stayrehat yang terletak hanya di Kampung Changkat, Gombak, Selangor.
Menariknya homestay ini menggunakan kabin kontena mempunyai kolam renang yang pastinya menjadi tarikan utama.
Bagi anda yang ingin merehatkan minda dengan membaca buku, terdapat perpustakaan mini di homestay ini dan anda dapat mengisi masa lapang anda dengan tenang. Aktiviti BBQ bersama keluarga mahupun rakan-rakan juga boleh diadakan .
Homestay ini memiliki 8 unit kontena dimana harga untuk satu unit adalah RM150 pada hari biasa dan RM180 pada hujung minggu atau cuti umum.
Kalau nak sewa keseluruhan kawasan dan unit pun boleh ! Harga bagi keseluruhan unit adalah RM1200 pada hari biasa dan RM1450 pada hujung minggu atau cuti umum. Setiap unit boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.
Sekiranya anda berminat untuk bermalam disini untuk menikmati cuti anda yang tidak lama dan bersuka ria bersama keluarga tersayang, anda boleh hubungi pihak Stayrehat di laman sosial Facebook mereka.