HalalXPlorer Logo
gua hira' cave cable car
26 November 2024

Lokasi Terima Wahyu Bakal Jadi Lokasi Pelancongan, Arab Saudi Bina 'Cable Car' ke Gua Hira' !

Kongsikan:

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan pelaksanaan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan.

Menurut laporan Arabian Business, projek ini bertujuan memudahkan akses ke Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, sebuah gunung dengan ketinggian 634 meter dan kira-kira empat kilometer dari Masjidilharam.

Arab Saudi Bina 'Cable Car' ke Gua Hira' !

Matlamat utama projek ini adalah untuk mempertingkatkan pengalaman ziarah serta memudahkan orang ramai mengunjungi mercu tanda penting dalam sejarah Islam.

Dalam wawancara bersama saluran televisyen Arab, Al Arabiya, Ketua Pegawai Eksekutif Samaya Investment Company, Fawaz Al-Muhrej, mengesahkan bahawa sistem kereta kabel ini hampir siap dan akan memulakan operasi pada tahun depan.

Lokasi Terima Wahyu Bakal Jadi Lokasi Pelancongan, Arab Saudi Bina 'Cable Car' ke Gua Hira' !

Menurut Fawaz, projek ini akan menyediakan laluan moden dan mudah untuk jemaah haji, umrah, serta pelancong menuju ke Gua Hira. Ia juga merupakan sebahagian daripada pembangunan 'Daerah Budaya Hira', yang dibuka tahun lalu dan meliputi kawasan seluas lebih 67,000 meter persegi berhampiran Jabal Nur.

Lokasi Terima Wahyu Bakal Jadi Lokasi Pelancongan, Arab Saudi Bina 'Cable Car' ke Gua Hira' !

Gua Hira dikenali sebagai tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Sebelum ini, akses ke lokasi tersebut agak mencabar kerana ketinggian gunung serta laluan yang berbukit dan berliku.

Lokasi Terima Wahyu Bakal Jadi Lokasi Pelancongan, Arab Saudi Bina 'Cable Car' ke Gua Hira' !

Namun, penambahbaikan telah dilakukan tahun ini, termasuk pembinaan jalan berturap untuk memudahkan perjalanan ke lokasi tersebut. Projek kereta kabel ini dijangka meningkatkan kemudahan dan menarik lebih ramai pengunjung ke mercu bersejarah itu.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA